Kawalan pasukan RELA di bazar Ramadan Kelantan menjadi perhatian warganet susulan melihat perkongsian hafizghafur di Tiktok.
RELA tahan pengunjung wanita di bazar Ramadan
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan beberapa orang pasukan anggota tersebut mengawal ketat laluan pintu masuk ke bazar, malah telah menahan seorang pengunjung, semalam
Rupanya tak tutup aurat dengan sempurna
Setelah diamati, rupanya motif penahanan tersebut kerana mendapati pengunjung berkenaan tidak menutup auratnya dengan betul.
Jika dapat dilihat, walaupun pengunjung wanita berkenaan mengenakan tudung tetapi dia memakai baju lengan pendek dan jelas sekali ia tidak menepati syarat tutup aurat yang sempurna dalam Islam.
“Yang ini saya sokong”
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengagumi cara tersebut sehingga ada yang berharap agar undang-undang sama turut dilakukan di tempat mereka.
Sumber : redaksi