CCTV Rakam ‘Kabus’ Misteri Kelu4r Dari Anak P4tung, ‘Kejar’ Kucing Tuan Rumah

 

Seorang wanita terkejut apabila mendapati sosok misteri seperti kabus keluar dari anak patung lalu ‘kejar’ kucing peliharaannya setelah melihat daripada rakaman kamera CCTV yang terdapat di ruangan tersebut.

Video kabus misteri keluar dari patung lalu kejar kucing itu dikatakan dirakam di ruang bawah tanah sebuah rumah di Ontario, Kanada, di mana wanita itu tinggal bersama keluarganya.

Kejadian tersebut sempat terakam kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan kucing keluarga mereka yang dipanggil Salem merenung tajam sepasang anak patung di hadapannya.

Tak lama selepas itu, terdapat kabus yang seakan-akan keluar dari anak patung berkenaan dan kucing itu seolah-olah berlari dalam ketakutan untuk menjauhinya. Namun kabus tersebut kemudiannya beransur hilang.

“Kucing itu berada di bawah sana, bilik tidur anak perempuan saya ada di bawah dan dia berkata kucing itu berlari ke pintunya.

“Keesokan harinya, kami memeriksa kamera (CCTV) dan apa yang saya lihat ialah kucing saya merenung anak patung ini dan dengan jelas takut akan sesuatu.

“Kemudian tiba-tiba benda hitam atau kabus terbentuk daripada salah satu anak patung itu,” ujar wanita tersebut.

Tambahnya, keluarga mereka mempunyai ruang keluarga yang disediakan di tingkat bawah tanah. Namun ia tidak pernah digunakan kerana mereka masing-masing berasa tidak selesa ketika berada di sana.

Menurut portal Metro UK, wanita berusia 45 tahun itu berpindah masuk ke rumah berkenaan bersama suami dan anak perempuannya sejak Ogos 2018.

Selama tinggal di rumah itu, wanita tersebut mengaku pernah beberapa kali mengalami kejadian mistik seperti barang bergerak dengan sendiri. Dia juga turut melihat sosok seperti bayang-bayang keluar dari tempat gelap.

Walaupun dia telah terbiasa dengan perkara berunsur paranormal di rumahnya, namun kejadian kali ini benar-benar membuat dia dan suaminya ketakutan.

Wanita itu juga dikatakan terlalu takut selepas kejadian itu, sehingga dia kini tidak berani untuk ke ruang bawah tanah itu seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.