Mas Idayu Kongsi Gambar Bersam4 Buah Hati, Terim4 Banyak Ucapan Dari Peminat

 

“Tarikh semua sudah ada, cuma saya akan kongsi selepas raya, InsyaAllah.” Demikian kata penyanyi Mas Idayu ketika diminta mengulas mengenai persiapan terkini majlis kahwinnya bersama penerbit eksekutif TV3, Sufian Isa.

Menurut Mas Idayu yang mesra disapa Mummy, dia dan bakal suami akan saling bertemu keluarga dan tidak menyangka jodohnya bersama lelaki dalam Iingkungan seni.

“Semuanya akan dikongsikan selepas pertemuan di antara keluarga kedua belah pihak. Sebelum ini dia sudah pun bertemu dengan kakak saya. Cuma susulan seterusnya ialah berjumpa dengan kedua orang tua.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

“Kami pun sudah bekerjasama sudah lama, tiada istilah berkenalan. Lebih 10 tahun lalu ketika saya bersama Black dalam program Mentor. Kami berkawan.

“Cuma tidak sangka pusing-pusing, perancangan Allah SWT,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Mas Idayu tidak menafikan mereka mulai rapat sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu menerusi Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Selangit ini memuat naik foto yang dirakam secara ‘selfie’ berdua buat tatapan peminat.

“Jawapan dari doa-doaku. Thank you sayang,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang turut menitipkan ucapan yang baik-baik buat pasangan itu

Rata-ratanya mendoakan agar urusan menuju hari bahagia mereka dipermudahkan. Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Cintaku 100% pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Sumber : MH   via METRO

About admin

Check Also

Selepas Dua Tahun Kem4tian Ashraf Sinclair, Ini Ke4daan BCL Sekarang

  Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.