(video) Subhaanallah!!! Pemud4 Ini Gigih Menulis Alquran Menggun4kan Tangan Untuk Dijadikan Sebagai ‘Mahar’

(video) Subhaanallah!!! Pemuda Ini Gigih Menulis Alquran Menggunakan Tangan Untuk Dijadikan Sebagai ‘Mahar’

Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Ia boleh dibayar dalam pelbagai bentuk seperti wang, rumah mahupun barang kemas.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah seorang pemuda berasal dari Indonesia ini di mana dia membuat persediaan untuk bakal isteri dalam cara yang cukup istimewa.

Tulis tangan ayat al-Quran

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, pemuda yang dikenali sebagai Awwalludin Fajri itu memuat naik video memaparkan dirinya sedang menulis ayat al-Quran satu persatu secara terperinci.

Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah hasilnya yang nampak cukup cantik dan kemas persis cetakan komputer biarpun dia hanya menggunakan pen bebola biasa. Subhanallah!

Tulisan cantik dan kemas, hadiah tidak ternilai buat bakal isteri.

Dalam video berlainan pula, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa al-Quran hasil tulisan tangan itu akan dihadiahkan kepada bakal jodohnya kelak.

Meskipun dia masih belum bertemu jodoh, Awwaludin sudah gigih menyiapkan al-Quran istimewa tersebut sebagai tanda cinta dan kasih terhadap suri hatinya nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Awwaludin. Malah, yang memuji bakat menulis dikurniakan kepadanya dan mendoakan dirinya agar disatukan dengan jodoh yang terbaik kelak.

Idaman dunia dan akhirat

Satu antara seribu lelaki di dunia. Lawanya tulisan

Kegigihan pemuda itu wajar dipuji kerana dia berusaha sedaya upaya memelihara kitab suci Allah dengan menulis setiap ayatNya satu per satu dengan tulisan yang cantik.

lihat video

Semoga dia dipertemukan dengan jodoh terbaik dan dengan berkat usahanya itu membuahkan pahala di akhirat nanti. Amin.

AL-QURAN SEBAGAI MAHAR KAHWIN

Assalamualaikum.. ada soalan mengenai mas kahwin (mahar).. mas kahwin ni ada dalam byk bentuk kan?…. bagaimana pula dengan al-quran?.

adakah terdapat syarat2 tertentu apabila al-quran dijadikan mahar?. maksudnya, wajibkah ke ats suami ajarkan si isteri utk baca al-quran yang diberikan sebagai mahar itu sehingga pandai (jika yg xpandai) @ sehingga khatam?.

adakah dikira sisuami berhutang dgn isteri jika tidak diajarkan membaca alquran itu sehingga habis?. mohon pencerahan..

Jawapan kami;

  1. Setiap barang yang berharga (mata benda yang mempunyai nilai) atau bermanfaat harus dijadikan sebagai mahar (Hasyiah al-Baijuri).
  2. Hukum menjadikan al-Quran (mushaf) sebagai mahar hukumnya adalah harus kerana ia termasuk dalam benda yang sah dijadikan mahar (Hasyiah al-Baijuri).
  3. Yang dimaksudkan dalam hadis riwayat al-Bukhari berkaitan al-Quran dijadikan sebagai mahar adalah; mengajarkan al-Quran kepada isteri bukan semata-mata memperdengarkan bacaannya (Qurrat al-‘Ain).
  4. Harus menjadikan bacaan al-Quran sebagai mahar jika yang dimaksudkan dengan ‘bacaan’ itu sebagai mengajar al-Quran atau mengajar surah-surah tertentu kerana ia termasuk dalam perkara yang bermanfaat. Maka ketika itu, suami wajib mengajar isteri tersebut sehingga dia beroleh manfaatnya (Qurrat al-‘Ain).
  5. Bacaan al-Quran dengan maksud semata-mata “memperdengarkan bacaan” kepada isteri tidak sah untuk dijadikan mahar (Qurrat al-‘Ain).

اليسع
Wallahu a’lam.
Koleksi Q&A Ustaz Alyasak

sumber: trendingsangat

 

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.