“Saya Nampak M4yat Dlm Bilik Tu”- Fauziah Ahmad Al4mi Tr4uma, Demam Seminggu Dipaksa Masuk Peti M4yat

 

PRIMADONA Fauziah Ahmad Daud tidak dapat melupakan peristiwa mengalami demam kira-kira seminggu akibat trauma selepas diarahkan untuk masuk ke dalam peti mayat.

Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 59, berkata, peristiwa itu berlaku di bilik forensik Hospital Besar Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Hospital Kuala Lumpur) yang antara pengalaman berharga tidak dapat dilupakannya.

“Saya diarahkan oleh Jins Shamsuddin (Tan Sri) untuk masuk ke dalam peti mayat. Saya tak berani kata tidak… Sedangkan kami, baru saja nampak mayat (di bilik mayat) itu.

“Dia kata ‘masuk sekarang!’ Saya dan abang Latif (Latif Ibrahim) pun masuk,” ceritanya.

Ogy berkongsi kisah itu bagi mengimbas pengalaman berharganya semasa penggambaran filem Esok Untuk Siapa arahan Jins Shamsuddin yang ditayangkan pada tahun 1982.

Dalam filem itu, Ogy memegang watak sebagai Intan manakala Latif Ibrahim pula memainkan peranan sebagai Ihsan.

Mereka ditemui mati lemas dalam tab mandi akibat mabuk selepas mengadakan pesta maksiat dalam rumah mereka.

Perkongsian Ogy itu dilakukan secara IG Live menerusi akaun Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) pada malam Sabtu lalu sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung 10 Disember depan.

Sesi yang bertajuk Aku Pelakon Terbaik itu dibawakan khas oleh Bahagian Latihan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Ia dikendalikan oleh editor hiburan berpengalaman yang bertindak sebagai moderator iaitu Dean Musthafa dan Roslen Fadzil.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman tersebut, Ogy yang pada ketika itu berusia 20 tahun berkata, berada dalam peti mayat menghadirkan perasaan insaf kepadanya.

Keadaan gelap dan sejuk itu benar-benar menakutkan apatah lagi penggambaran dilakukan lebih 30 minit.

“Benar-benar menimbulkan keinsafan sehingga saya dan abang Latif demam. Selain sejuk dan gelap, telinga saya berdengung. Kami demam seminggu,” kongsinya.

Filem itu berjaya merangkul anugerah Lakon Layar Terbaik (Jins Shamsuddin) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Norizan) pada Festival Filem Malaysia 1982.

Selain diingati dalam filem itu, lakonan Ogy dalam genre romantik komedi iaitu Ali Setan yang menampilkannya bersama Azmil Mustapha pada tahun 1985 turut memberi kesan luar biasa dalam kerjaya lakonnya.

Kata Ogy, semasa mengadakan siri jelajah filem berkenaan di Johor Bahru, penonton menyerbu ke atas pentas selepas pengacara mengumumkan kemunculan Asmidar, watak beliau dalam filem itu.

Pentas promosi katanya menjadi ranap dan semua pelakon terpaksa dihantar pulang ke hotel.

“Semasa pulang ke hotel, peminat-peminat pun turut ikut ke hotel. Luar biasa betul masa tu,” ujarnya.

Bercerita mengenai sesi peribadi pula Ogy memberitahu, dia pernah dilamar orang kenamaan selepas bercerai dengan aktor Eman Manan pada 2003 tetapi tidak mengenai lelaki itu namun ada juga lelaki dikenali yang hendak menjadikannya isteri.

Namun katanya, pada usianya sekarang, dia lebih gemar untuk menghabiskan masa berasama anak angkatnya iaitu Nur Aishah Aminah yang kini berusia 14 tahun.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Ogy, pengacara Datuk Aznil Nawawi yang pernah menjadi penerbit Melodi (TV3) suatu ketika dahulu berkata, kehebatan Ogy terletak kepada keupayaannya menghafal skrip.

Kata Aznil, Ogy sentiasa mengikut arahan dan tidak akan mempersoalkan tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya.

“Semasa dia pengacara Melodi, saya suruh dia gedik dan terkinja-kinja. Dia buat. Nak jadikan cerita aksi itu jadi isu sehingga saya dipanggil oleh bos TV3,” ujar Aznil yang menanggap Ogy sahabat sejatinya.

Selain Ogy, artis lain yang akan turut berkongsi kisah menarik mereka ialah Maya Karin, Syamsul Yusiof, Mawi, Yana Samsudin, pengarah dan penerbit filem seperi Datuk Ziela Jalil, Fadzil Teh dan Datuk A Aida.

Sesi ini yang bermula Sabtu lalu akan berlangsung sehingga 29 November ini pada pukul 9 malam menerusi Instagram Wartawan Hiburan.

Sumber: Mstar

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.