Tersasul sebut nama Jep Sepahtu, reaksi Wan Maimunah ‘cover’ balik hiburkan ramai

 

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, ramai yang sudah cukup kenal dengan perangai lucu pelawak terkenal ini yang apabila berkata-kata sahaja memang jarang membuatkan penonton kering gusi.

 

Apatah lagi di rancangan Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 dan nampaknya baru-baru ini, Jep Sepahtu mengundang tawa buat warganet lagi di rancangan tersebut. Kemunculan pelakon legend, Wan Maimunah dalam episod terbaru Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 telah tular menghiburkan ramai.

Hal ini kerana, Jep Sepahtu yang membawakan watak sebagai Farid manakala Wan Maimunah pula sebagai ibunya dan disaat mereka sedang berbual bersama di meja makan, terjadi pula satu kejadian lucu yang ‘menangkap’ perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Rakaman pendek yang dikongsikan oleh pengguna atas nama, cowaybyaiman itu memaparkan Wan Maimunah memanggil watak dilakonkan Jep Sepahtu sebagai Farid namun pelakon legend tersebut memanggilnya dengan nama sebenar.

 

Namun begitu, reaksi pantas Wan Maimunah cover situasi tersebut bersama Jep berjaya menghiburkan netizen dengan sikap profesional mereka.

Lalu ruangan komen pula ditinggalkan ratusan respon pujian buat Wan Maimunah mahupun Jep dimana gelagat mereka itu tidak sekadar menghiburkan warganet malah membuatkan ramai suka dengan sikap mereka terutama Wan Maimunah.

Sumber HCL

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.