“Keutama4n Sy Bukan Industri Seni T4pi..”- Hasil Perbincangan Dgn Suami, Neelofa Keluarkan Kenyataan Tentang Isu Berkarya

 

Menerusi satu klip yang menceritakan kisah pasangan selebriti yang kni menjadi topik perbualan ramai dengan pelbagai aksi yang lucu yang sering ditayangakan di sosial media, Noor Neelofa dan Haris yang ditemual baru baru ini. Hasil temu bual yang berlaku baru aru ini membuatkan ramai tidak menyangka akan keputusan selebriti tersebut mengenai industri seni. Neelofa yang merupakan anak seni dan digemari ramai dengan lakonan beliau yang mantap, pengacara yang disukai ramai kini membuat satu kenyataan hasil perbincangan beliau dan suami di temua bual tersebut. Beliau yang kini sudah bergelar sebagai seorang ibu kepada Muhammad Bilal itu kelihatan rindu untuk terus berkarya dan sangat beruntung mempunyai suami yang faham dan hormati pekerjaan beliau suatu ketika dahulu dan masih memberi peluang dan keizinan untuk terus berkarya..

Difahamkan melalui temu bual tersebut, Neelofa dikatakan akan mengacarakan sebuah rancangan selepas raya dan masih tidak diketahui apakah tajuk rancangan tersebut dan ini membuatkan ramai teruja dengan kenyataan tersebut kerana para peminat beliau begitu rindu akan pemanmpilan beliau di televisyen. Beliau juga menjelaskan bahawa industri seni bukanlah satu keutamaan untuk beliau kerana beliau kini merupakan seorang ibu dan masa beliau harus ditumpukan sepenuhnya untuk anak kesayangan beliau. Suami beliau, Haris menyatakan bahawa beliau mengizinkan Neelofa untuk terus berkarya namun mestilah berlandaskan perintah Allah dan hal ini telah dipersetujui oleh Neelofa sendiri. Kenyataan yang diberikan oleh Neelofa itu juga adalah kerana beliau kini telah berniqab dan tidak seperti dulu lagi dan bersifat hati hati untuk menjaga batas pergaulan agar tidak menimbulkan apa apa spekulasi yang tidak diingini.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja)

Pelbagai pujian dilontarkan hasil kenyataan beliau dan suami dan ini membuatkan ramai menyatakan bahawa beliau kini jauh lebih matang dari diri beliau yang sebelumnya sejak beliau bergelar seorang isteri dan ummi untuk Muhammad Bilal. Aksi beliau mengenai persoalan mengenai lakonan membuatkan ramai mencuit hati apabila beliau menyerahkan soalan tersebut untuk suaminya. Suami beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menghalang pekerjaan Neelofa namun itu bukanlah satu keutamaan dan beliau dan Neelofa juga tidak ingin mempunyai satu pekerjaan yang menggunakan waktu yang lama untuk menyiapkan kerana Neelofa amat diperlukan oleh anaknya dan Neelofa sendiri ingin melihat perkembangan anak beliau sendiri. Beliau juga memberi kenyataan bahawa kini beliau aktif dalam urusan perniagaan kerana hal itu harus dipantau oleh beliau dan masih boleh bekerja di rumah sambil bermain bersama Bilal. Semoga Neelofa terus sukses dalam apa jua keadaan.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Instagram

 

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.