Ibu Baru Bersalin Dan Kur4ng Susu Bad4n, Askar Wanita Bantu Menyusukan Bayinya Yang Kelaparan Sebaik Keluar Hospital

 

Seperti yang kita sedia maklum, barisan frontliner berdepan dengan cabaran dan tanggungjawab yang semakin besar demi membantu membendung pandemik yang melanda sekarang ini. Boleh dikatakan semua negara berdepan dengan cabaran untuk mengawal penularan wabak ini di kalangan masyarakat setempat.

Meskipun berdepan dengan tanggungjawab berat, frontliner yang terdiri daripada petugas perubatan, anggota polis, askar dan sebagainya akan tetap memikul tanggungjawab dengan gigih untuk membantu rakyat kurang bernasib baik yang terjejas akibat perintah berkurung.

Terbaru di laman Facebook, tular beberapa keping gambar seorang askar wanita yang sedang melakukan sesuatu yang menarik perhatian netizen. Rupa-rupanya, askar wanita yang lengkap berpakaian seragam sedang menyusu seorang bayi kecil yang kelaparan.

Kisahnya, ibu kepada bayi berkenaan baru bersalin dan baru keluar dari Samar Provincial Hospital dan belum mempunyai susu yang secukupnya. Askar wanita itu yang menemui mereka menawarkan diri memberi bantuan kepada si ibu dengan menyusukan bayi tersebut yang sedang kelaparan.

Dalam gambar-gambar yang tular, Askar wanita yang dikenali sebagai Pat Adelfa Bachicha Dagohoy itu duduk sambil memberikan susu badan di luar sebuah hospital di daerah Samar, Filipina.

Posting yang dimuat naik oleh Landor Asozrev itu meraih 2.6K perkongsian dan 4.5K tanda suka serta reaksi netizen yang amat kagum dengan kebaikan hati wanita tersebut selain dianggap sebagai ‘penyelamat’.

Sumber: Landor Asozrev

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.