“Berap4 Hari Je Lagi Mak Nak Raya”- lu4han Seb4k Achey Selepas Ibunya Menlnggal Dunla

 

Pelawak terkenal, Achey hari ini telah menyampaikan satu berita duka apabila ibu tersayang, Ngaisah Hassan, 74 disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.46 pagi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Ibu telah menlnggal dunia

Hal tersebut dikongsikan oleh Achey atau nama sebenarnya, Muhammad Nasir Hamzah di akaun Instagram dengan memohon agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan agar roh ibunda tercinta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Mak pergi di bulan yang baik…

Apa yang menyebakkan adalah kapsyen yang ditulis pelawak itu apabila menyatakan tinggal beberapa hari lagi umat Islam merayakan Aidilfitri namun impian mereka untuk berhari raya bersama tidak kesampaian.

Video dirinya sewaktu memberhentikan motosikal di bahu jalan sambil menangis teresak-esak cukup menyentuh hati ramai.

“YA ALLAH… Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami redha ya Allah… Achey atas moto lagi mak baru balik kerja. Mak baik.. mak pergi bulan yang baik… Moga mak jalani waktu yang terindah… Al fatihah…” tulisnya sebak.

Difahamkan, tahap kesihatan allahyarham sedikit menurun sejak awal bulan ini dan semakin kritikal sejak semalam.

Hajah Ngaisah menghidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan melakukan pembedahan awal.

Disebabkan itu, bahagia perutnya mengalami pembengkakkan dan menyebabkan hati serta hempedu tersumbat.

Salam takziah buat Achey sekeluarga.

Terdahulu, Pelawak dan penyanyi, Achey bergegas pulang ke kampung sebaik sahaja menerima perkhabaran mengenai kesihatan ibunya, Ngaisah Hassan, 74 yang tiba-tiba merosot.

Achey berkata, dia terpaksa menangguhkan beberapa tugasan di Kuala Lumpur dan bergegas pulang ke Segamat, Johor demi ibu tercinta.

“Doakan kesihatan mak saya ya, saya terpaksa menangguhkan semua kerja di sini (Kuala Lumpur) dan pulang ke kampung segera,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen di Instagram pelawak tersebut, rata-rata pengikut mendoakan agar urusan Achey dipermudahkan.

“Ya Allah berilah kesembuhan buat mak. Achey, jangan putus berdoa ya,” tulis Ozlyn.

“Allahuakbar, baru tadi sembang-sembang pasal mak. Semoga baik-baik hendaknya sahabat. Baik-baik Nasir, aku doakan mak segera sembuh,” titip Fad.

Selain Ozlyn dan Fad rakan artis lain yang turut meninggalkan pesanan buat Achey ialah Tomok, Lan Solo, Datuk Seri Aliff Syukri, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Pada Jun tahun lalu, ibu Achey pernah dimasukkan ke hospital kerana berdepan dengan penyakit jarang dijumpai, iaitu ketumbuhan yang menyebabkan saluran pankreasnya membesar.

Penyakit tersebut turut menyebabkan berat badan ibu Achey susut lebih 20 kilogram.

Achey Sanggup tangguh semua kerja..

Demi ibu tercinta, pelawak, Achey menangguhkan semua urusan untuk berada di ibu tersayang, Ngaisah Hassan yang kini ditempatkan Hospital Besar Segamat, Johor.

Kata Achey atau nama sebenarnya, Mohd. Nasir Hamzah, sekarang dia hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kesihatan ibunya yang tidak menentu.

“Maaf rakan-rakan media tak dapat nak menjawab semua pertanyaan. Saya masih fokus kepada kondisi emak yang sentiasa berubah-ubah.

“Jika ada ruang masa untuk tuan puan semua, dapatlah mendoakan kekuatan mak saya,” katanya menerusi Instagram.

Sementara itu, isterinya, Nur Hassanah Yahya atau Anne memaklumkan, ibu mentuanya yang sudah mencecah 74 tahun itu berada dalam keadaan kritikal namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penyakitnya.

Semalam, Achey  memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor. Dia bergegas balik kampung sebaik menerima perkhabaran mengenai ibunya yang sebelum ini kerap keluar masuk hospital.

“Kami tangguhkan dahulu kerja-kerja yang ada. Kesihatan mak merosot. Doakan mak saya semoga baik-baik. Mak kuat. Insya-Allah,” tulisnya dengan ringkas.

Pada Jun tahun lalu, Ngaisah pernah dimasukkan ke wad berpunca daripada masalah di saluran pankreas yang juga dikatakan penyakit jarang dijumpai hingga menyebabkan berat badannya susut lebih 20 kilogram

Sumber: OMM Dan suaramerdeka

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

Hilang Sabar Selep4s Kena Lvdah, PA Meng4ku Pvkul Mak Wan Latah. Sekali Didie Alias Tampil Bersuara

  KONFLIK peribadi antara Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya kini memasuki episod baharu apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published.