Sibuk Promosi Kuih Raya, Tapi Netizen peras4n sesuatu pad4 Kuku Neelofa?

 

Tular di media sosial milik usahawan dan selebriti terkenal tanah air, Neelofa semalam di mana selebriti ini bersama suaminya Haris Ismail membuat siaran langsung bagi mempromosikan produk biskut raya keluaran mereka di Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Selesai mempromosi biskut raya yang dikenali dengan jenama Nunha itu, Neelofa berkongsi pula tangkap layar mesej-mesej dari pengikutnya di Instagram dengan menyoal produk inai yang digunakan selebriti jelita ini.

Pakai Inai Nunha

Gara-gara ramai yang bertanya jenama inai yang digunakan, Neelofa mendedahkan bahawa dia memakai produk inai keluaran dirinya sendiri iaitu inai Nunha. Usahawan wanita hebat ini juga, maklumkan dia bakal melancarkan produk inai itu tidak lama lagi.

 

“Dm saya hari-hari orang tanya pasal innai.. Pening akak nak jawab!! Ni innai NUNHA.. Tengah production.. Memang rancang nak keluar raya tapi saya panjangkan untuk R&D lagi.. Alhamdulillah, saya puas hati sangat-sangat !!” Dedahnya

Bukan Mudah Hasilkan Inai Kena Dengan Citarasa

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menerusi pendedahan Neelofa di Insta-Stories nya, selebriti ini dedah bukan mudah bagi pasukannya menghasilkan inai yang bertepatan dengan citarasa dirinya dan banyak uji kaji telah dilakukan untuk dapatkan warna inai yang diminati.

 

“Innai ni bukan main susah saya nak cari warna yang betul-betul kena dengan jiwa.. Tekstur yang paling elok, tak comot kalau kena kulit, tak pening bau kalau pakai.

Jadi semua masalah-masalah innai ni saya jumpa dalam innai yang saya pakai ni setelah sekian lama kita buat ujian makmal..

Terima kasih kepada pasukan yang berpulun puaskan hati akak yang sangat cerewet ini.. Nanti kan ok!! Tak lama lagi dah” Umumnya< Memang cantik betul warna inainya! Sedikit info berkenaan Neelofa.. Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan.[2] Pada tahun 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Beliau juga telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports.[3] Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang.[4] yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014. Pada tahun 2015, beliau membintangi telefilem Lukisan Takdir dan Wan Embong. Kedua-dua telefilem itu menampilkannya bertudung. Pada Mac 2017, Neelofa telah dipilih sebagai penghias majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia.[5] Pada 18 Jun 2020, Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikannya sendiri, Pertubuhan Kasih Neelofa yang bertujuan bagi membantu insan yang memerlukan Sumber : murai   Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Selepas Dua Tahun Kem4tian Ashraf Sinclair, Ini Ke4daan BCL Sekarang

  Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.