Berang Pesanan lambat S4mpai,Tersentak Apabil4 Menjenguk Di luar Tingkap Rumah

Aplikasi Grab yang dahulunya hanya menawarkan perkhidmatan e-hailing telah mengambil langkah berani dengan menambah beberapa perkhidmatan lain seperti GrabFood dan GrabDelivery.

Perkhidmatan GrabFood kini semakin mendapat tempat di hati ramai. Namun, dalam kes-kes tertentu, kebarangkalian makanan pelanggan lewat dihantar, masih boleh berlaku.

Wanita 0KU menjadi penghantar Grab

Menerusi perkongsian Shahril Jantan melalui akaun Facebook, dia menceritakan pengalaman menyentuh hati ketika seorang wanita istimewa (0KU) yang menghantar pesanannya. Malah kisah ini telah mendapat lebih 11 ribu tanda suka (likes) dan telah mendapat perkongsian sebanyak 9 ribu.

Namun menurut Shahril, dia berasa agak berang kerana pesanan lewat tiba. Dia yang menetap di kawasan Empangan Bedok di Singapura, telah membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan memesan minuman ‘bubble tea’ untuk isterinya.

Kebiasaannya, penghantaran barangan akan mengambil masa yang sekejap, bergantung kepada keadaan kerana menaiki kenderaan seperti motosikal.

Kesabaran Shahril mula menipis namun apabila dia melihat ke luar tingkap, dia ternampak seorang wanita berkerusi roda yang membawa beg berlogo Grab di belakang kerusi roda automatiknya, sedang mendekati blok kediamannya.

Namun, penghantar minumannya mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk mengantar pesanannya daripada Tampines, yang kebiasaanya mengambil masa 10 ke 12 minit menggunakan kereta.

Tersentak lihat wanita 0KU hantar pesanan!

Hatinya mula tersentak dan Shahril bergegas turun bersama anaknya. Dia cuba untuk memulakan perbualan kecil dengan wanita itu.

“Akak bawa minuman ni daripada Tampines ke sini?”

Shahril sempat memberikan wang kepada Sumaiyah sebagai sedekah kepadanya. Dia benar-benar kagum malah berasa rendah diri apabila melihat seorang wanita kelainan upaya yang masih tabah dan cekal bekerja walaupun dilabelkan sebagai 0KU.

Wanita yang bernama Sumaiyah itu hanya mengangguk dan menyerahkan minuman itu kepada Shahril lantas terus beredar.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Shahril Jantan via mysumbermaya / Kalamindah / Mimbarraudhah

About admin

Check Also

Hilang Sabar Selep4s Kena Lvdah, PA Meng4ku Pvkul Mak Wan Latah. Sekali Didie Alias Tampil Bersuara

  KONFLIK peribadi antara Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya kini memasuki episod baharu apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published.