Alhamdulillah, Mira Filzah Selam4t Lahirkan Bayi Sam4 Tarikh Lahir, Wan Emir Pula Luahkan Sesuatu

 

PELAKON dan pengacara popular Mira Filzah selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal.

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Wan mir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalender Islam.

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar juga memaklumkan isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga,” jelasnya.

Untuk rekod Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada September 2020.

 

Sumber: Mstar

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.