Pemergian 5 Sahabat, PU Haris H4dir Bacakan Yasin, B4ntu Cangkul Tanah Di Pusara Nabil Haikal

 

Pemergian 5 sahabat akibat nahas yang menimpa mereka di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara sememangnya cukup berbekas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selepas beberapa hari urusan mengenalpasti mangsa dijalankan, akhirnya kesemua jenazah mangsa selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Selepas jenazah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 dan Ahmad Akmal Bin Ahmad Mokhlis dikebumikan semalam, pagi tadi tiga lagi jenazah iaitu Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 pula diuruskan oleh ahli keluarga masing-masing.

Baca Yasin dan bantu cangkul tanah

Dalam perkongsian salah seorang ahli keluarga allahyarham Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, kelihatan pendakwah selebriti, Haris Ismail turut sama membacakan Yasin di kediaman arwah dan membantu mencangkul tanah di tanah perkuburan.

Hadir ke rumah allahyarham

Menerusi muat naik di akaun TikTok @mywaaruslan2802, suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu hadir serba putih dan menyertai ahli keluarga serta orang ramai membaca Yasin untuk arwah.

Dalam posting yang dilakukan oleh Facebook Siti Nurhafiza Nordin, dapat dilihat Haris memegang cangkul dan membantu menggembur permukaan pusara milik arwah Nabil Haikal.

Haris turut berkongsi lokasi keberadaannya ketika ini dengan memuat naik Insta Story menunjukan papan tanda Sungai Mahang.

Jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Jenazah selamat dikebumikan

Sebelum ini, jenazah Nabil Haikal telah disolatkan di Masjid Permaisuri Bainun Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebelum dibawa pulang ke kediamannya.

Jenazah allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Batang Benar, Nilai kira-kira jam 9 pagi tadi.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

“Mohon Doak4n Anak Kesayang4n Mama..”, Satu Bad4n Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

  “Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published.