“Rumah Tangga Bergol4k” Puteri Sarah Mahu H4ntar Anak2 Ke ‘Oversea’.

 

Selepas mengerjakan ibadah umrah dan berhari raya di Kota Suci Mekah, pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana dan anak-anaknya telah terbang ke Turki pula untuk bercuti.

Puteri Sarah juga tidak lokek berkongsi momen-momen kebersamaan dengan anak-anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah di media sosial walaupun tanpa kehadiran suami, Syamsul Yusof.

Nak anak2 belajar luar negara

Percutiannya ke Turki juga turut dibantu oleh beberapa pelajar Malaysia di sana dan mereka turut melayan pelakon itu serta anak-anak dengan baik.

Disebabkan tertarik dengan negara berkenaan, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini telah berkongsi harapannya yang mahu melihat anak-anak tersayang belajar di luar negara..

Hasrat berkenaan diluahkan olehnya menerusi hantaran di Insta Story apabila sempat ‘menemubual’ beberapa pelajar Malaysia di Turki berkenaan persediaan untuk belajar di luar negara.

“Dari sekarang, simpan angan-angan nak Syaikhul belajar di Turki. Sumayyah jadi doktor belajar dekat Mesir.

So, from now on kena terapkan bahasa Arab untuk mereka. Datang Turki sambil2 interview pelajar dekat sini ambil subjek apa, persediaan semua, kena dari sekarang,” tulisnya.

“Jangan susahkan & malukan mama”

Dalam pada itu, dia juga menitipkan pesan buat anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah supaya menjadi anak yang tidak menyusahkan atau memalukan orang tua apabila dewasa nanti.

Jadi, sebagai ibu bapa, dia sedaya upaya memberikan didikan yang sempurna dan menyusun dari sekarang segala perkara baik agar apabila besar nanti menjadi anak yang berguna.

“Jangan menyusahkan mama ayah dan jangan malukan nama baik mama ok Syaikhul Sumayyah.

Make me proud dengan study hard and jadi somebody nanti Insya Allah.
As a parent kita cuba didik dan susun semua yang terbaik buat anak-anak ari kecil lagi, tak nak dah besar panjang jadi tak guna kita dapat malu.” ujarnya lagi.

Terdahulu, nama Puteri Sarah menjadi sorotan media susulan pendedahannya berkenaan orang ketiga dalam rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Dai juga ‘memetik’ nama seorang selebriti media sosial yang didakwa menjadi pengganggu hingga membuatkannya mengambil tindakan undang-undang dan mendapatkan khidmat dua orang peguam bagi membawa hal tersebut ke muka pengadilan.

Puteri Sarah lega luah kemelut rumah tangga, 4 tahun pendam… Bakal tunai umrah mohon petunjuk cari jalan keluar

KETIKA berdepan kemelut rumah tangga yang berpanjangan, pelakon Puteri Sarah bersyukur apabila dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah sekali gus menyambut Hari Raya Aidilfitri di Tanah Suci Makkah.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, kesempatan kali ini akan digunakan dalam memohon diberikan jalan keluar dari segala masalah yang sedang dilaluinya.

“Saya dah lama kumpul duit dan rancang mahu ke umrah selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syukur diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana lagi.

Puteri Sarah bakal tunai umrah.

Puteri Sarah mahu tunai umrah dalam keadaan tenang.

“Kali ini saya mahu berdoa supaya diberi jalan keluar dari segala masalah dan petunjuk untuk penyelesaian,” katanya ketika dihubungi Mstar.

Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun
PUTERI SARAH
PELAKON

Kisah rumah tangga Sarah dan suami iaitu Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Selama empat tahun memendam rasa, kata Sarah dia kini lebih tenang selepas membuat luahan tersebut.

“Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun.

“Saya mahu ke umrah dengan tenang dan memberi tumpuan kepada ibadah. Saya juga berharap dapat dikelilingi orang orang yang positif,” ujarnya.

Sarah akan berada di Tanah Suci selama 16 hari bersama keluarga sebelum menyambung percutian ke Istanbul, Turki.

“Saya sudah kerja keras selama ini dan asyik sibuk dengan penggambaran.

“Jadi tak salah rasanya jika mahu bercuti seketika bersama keluarga. Anak kedua saya juga lahir ketika PKP dan tidak pernah bercuti,” jelasnya.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana, OMM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

‘Dia Mungkin Terken4l Deng4n Kontr0versi’ – Fasha Sandha Dedah Sifat Bekas Suami

  Aktres cantik Fasha Sandha pada Isnin mended4hkan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.