Beberapa hari lalu, kita semua dikejutakan akan berita meny4yat hati pemergian lima orang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terlibat dalam k3malangan Kilometer 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.
Ucapan sebak ayah arwah 5 sekawan.
Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nad Hanif memaparkan bapa salah seorang arwah lima sekawan memberi ucapan terima kasih pada mereka yang membantu menguruskan jenazah anaknya.
Mewakili waris-waris mangsa yang lain, bapa arwah juga turut terharu melihat kehadiran ramai rakan-rakan kampus yang sama-sama berada di solat jenazah berkenaan.
“Saya rasa ini yang terbaik yang pernah dilihat sebelum jenazah masuk alam kubur. Kalau banyak ini, ramai yang menghantarnya. Begitulah yang menyambutnya,” luahnya sebak.
Dalam pada itu, bapa arwah juga memohon maaf bagi pihak anaknya sekaligus berharap mereka yang masih ada urusan dengan arwah dan masih belum selesai boleh bertemu dengannya.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mendengar ucapan bapa arwah. Malah, mereka juga mendoakan agar urusan keluarga serta arwah dipermudahkan.
Ibu bapa cerminan anak-anak
Sumber :Redaksi.com