Demi Hllangk4n Kesedlhan Bella, Terklni Isteri TMJ Baw4 Bella Ke Legoland

 

Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berjumpa dengan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dikenali sebagai Bella di Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland), Johor Bahru hari ini.

Che’ Puan Besar Khaleeda dalam satu hantaran di laman Instagramnya berkata, ia merupakan satu penghormatan besar dapat bertemu Bella bersama rakan-rakannya.

“Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu Adik Bella serta rakan-rakannya.

“Semoga Adik Bella, rakan-rakan dan juga sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Che’ Puan Besar Khaleeda pernah memaklumkan sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya selepas remaja itu didakwa menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Che Puan Besar Khaleeda sedia perjuang nasib Bella

Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam sedia membantu remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dikenali sebagai Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya.Che Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja OKU itu.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.”Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” tulisnya dalam Instagram miliknya.

Che Puan Besar Khaleeda memuat naik kenyataan itu dipercayai sebagai membalas tindakan seorang peguam tertuduh iaitu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang memuat naik sekeping gambar bersama-sama tertuduh dan barisan peguam yang membelanya.

Menurut Che Puan Besar Khaleeda, kes berkenaan pasti akan menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang pengecut agar tidak terfikir untuk melakukan tindakan serupa pada masa depan.

Perbicaraan kes itu turut mendapat perhatian dan menjadi perdebatan bagi rakyat yang melihat seolah-olah nasib Bella seperti tidak diperjuangkan sedangkan remaja berusia 13 tahun itu merupakan seorang OKU dan telah menerima penganiayaan.

Siti Bainun, 30, sebelum itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

SUMBER: KOSMO! ONLINE

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.