Rakan Artis Pan4s Bila Dapat Tawar4n Berlakon, Sek4li Ini Komen Padu Rita Rudaini

 

Kuala Lumpur: “Saya baru dapat tawaran, tak ‘sh00ting’ (penggambaran) pun lagi. Apa yang netizen dan seorang artis ni ‘kalut’ (gelabah) sangat. Bukan mereka bayar saya pun.”

Itu kata pelakon popular. Rita Rudaini apabila penerbit Fadzil Teh secara terus terang menyatakan bakal mengambilnya berlakon dalam sebuah karya tidak lama lagi.

Mereka mempersoalkan dan menyatakan ketidakpuasan hati apabila Rita yang sebelum ini tegas dengan pendirian belum bersedia mengambil svntikan v4ksin, namun akhirnya diberikan peluang menjalani penggambaran semula.

Rita, 46, berkata, apa yang diterimanya itu adalah rezeki yang sudah tertulis dan dia tidak pernah meminta-minta untuk diberikan pekerjaan.

“Sejak kelmarin apa saya perasan ramai yang tak senang duduk dengan kenyataan dibuat Haji Zeel (Fadzil Teh) yang menawarkan saya berlakon. Saya tak beri kata putus pun lagi, tapi riuh satu kampung. Macam-macam tohm4han dan kata-kata kes4t dilemparkan.

“Tak cukup dalam kalangan netizen, ada artis pun sama naik. Apa yang dia tak puas hati sangat pun, saya tak tahu. Sedangkan selama mereka berkerja ketika p4nd3mik dan terkena j4ngkitan C0v1d-19 biarpun sudah mendapat v4ksin, saya tak pernah mengata.

“Tapi itulah, siapa kita untuk menolak takdir dan ketentuan Allah SWT. Saya anggap ini semua rezeki buat saya. Hampir dua tahun saya tidak bekerja tapi Allah datangkan macam-macam untuk saya. Macam tawaran lakonan ini juga, kalau memang ia sudah tertulis untuk saya, saya terima. Tapi jangalah pula ada pan4s hati,” katanya kepada Harian Metro.

Rita mengakui sepanjang ‘berkurung’ di rumah ekoran sekatan dikenakan pada mereka tidak mengambil v4ksin, dia masih mendapat banyak tawaran berlakon.

RITA menerusi Insta Story meluahkan respons terhadap kerisauan ramai apabila ada penerbit mahu menggunakan khidmatnya sebagai pelakon.

“Apabila terdapat arahan mengatakan yang belum mengambil v4ksin tak boleh berlakon, saya okay saja. Saya anggap ia bukan rezeki saya. Tapi, saya sabar saja sebab saya percaya Allah tidak akan pernah berlaku kejam hamba-Nya, kecuali manusia saja yang selalu mengani4yai sesama manusia.

“Sepanjang duduk di rumah, saya masih mendapat banyak tawaran berlakon. Malah, siap ada yang nak sorok-sorok ambil saya tapi saya tegas dengan pendirian. Saya tolak cara baik. Bagi saya, selagi tidak ada kelongg4ran diberikan, saya tidak mahu berganjak. Macam dikatakan, kalau Allah nak beri rezeki itu pada kita, dia tetap akan bagi,” katanya.

kredit: hmetro   via Berita kini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.