Sang4t PiIu, ShiIa Amzah Cipt4 Kenang4n SeIepas Pencera1an Dan Masih Menang1s

 

Penyanyi, Shila Amzah mengabadikan momen indah percutian pertama bersama anak lelakinya Seth Uwais di Singapura menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagram nya.

Gembira Dapat Cipta Memori Bersama Anak

Pada 8 Mei baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah membuat keputusan untuk membawa anak kesayangannya bercuti di Kota Singa itu. Shila yang kini telah pulang dari bercuti, memuatnaik video memaparkan memori gembiranya bersama Seth di sana.

Dalam entri yang ditulis Shila, semenjak menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, dia sedar ia bukan satu tugas yang mudah untuk menjadi ibu dan juga ayah kepada anaknya. Namun demi Seth, Shila berazam untuk menjadi seorang ibu yang kuat.

“Saya gembira saya dapat cipta kenangan ini di Singapura bersama Seth. Menjadi seorang ibu tunggal bukan mudah”

“Perkara yang paling suk4r adalah, tiada siapa yang bantu dan mengambil alih. Kadang-kala saya masih men4ngis tapi apabila saya lihat anak saya, dia senyum kembali pada saya”

“Mengingatkan saya kenapa saya perlu jadi kuat. Alhamdulillah.” Tulisnya

Peminat Titip Kata-Kata Semangat

Melihat perkongsian penyanyi berbakat itu, rakan-rakan artis dan peminat setia menitipkan kata-kata semangat buat Shila.

“Gembira sangat tengok perkembangan Seth, syabas ibu” ucap Farah Anuar

“Dia paling comel, anda buat yang terbaik!”

“Hidup gembira adalah kehidupan yang bagus” kata peminat

“Diakhirnya.. Anda masih yang terbaik dalam hidup Seth”

“Anda boleh lakukannya”

“Bukan mudah tapi anda boleh lakukannya. Anda tak akan diuji melainkan Allah swt tahu anda boleh hadapinya dengan bantuanNYA” titip peminat

Semoga Shila menjadi seorang ibu yang cekal dan kuat demi putera kesayangannya.

Sumber:Murai.my

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.