“Dia bagi duit seratus mac4m singgit” – Rezeki singg4h melawat sahabat lama ayah

 

Sudah semestinya setiap kali tiba musim Hari Raya Aidilfitri, semua golongan termasuklah kanak-kanak mesti teruja kerana pada hari raya, sesi memberi duit raya adalah yang paling ditunggu.

Sekarang ini bila tiba hari raya, bukan sahaja orang Melayu meraikannya tetapi masyarakat berbilang kaum juga turut meraikannya dengan mengunjungi atau dikunjungi oleh tetamu yang menyambut hari raya.

 

Sebuah rakaman video telah tular di aplikasi Tik Tok apabila seorang Pak cik yang berbangsa Cina sedang memberikan duit raya kepada semua yang mengunjungi rumahnya untuk beraya, tidak kira kanak-kanak ataupun dewasa turut diberikan duit raya sebanyak RM100 seorang.

Menurut pemilik video tersebut, pakcik  itu adalah kawan ayahnya selama 30 tahun dan mereka satu keluarga telah datang beraya dan membuatkan pak cik itu teruja dan gembira, sebab itulah diberikan duit raya kepada semua tanda gembira tetapi menurutnya lagi, ibu dan ayahnya mendapat duit raya yang lebih banyak daripada mereka.

Pautan Video : 

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memuji kebaikan pak cik itu walaupun berbilang kaum tetapi tetap memberikan duit raya apabila tetamu beraya ke rumahnya.

Komen Netizen:

 

 

Sumber : Tiktok liehondakap

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.