Hanya Mak4n Daun Bawang Goreng Dic4mpur Garam Untuk Meneruskan Kehidupan

 

Faridah, 61, yang juga ibu kepada dua anak itu berkata, hidangan itu kebiasaannya menjadi juadah berbuka puasa keluarganya selepas dia tidak dapat keluar menoreh getah akibat hujan.

Sik: “Saya pernah berbuka puasa makan nasi berlauk daun bawang goreng yang digaul garam kerana pendapatan hasil menoreh getah tidak seberapa,” kata ibu tunggal, Faridah Wahab.

Katanya, harga getah sekerap yang terlalu murah iaitu kira-kira RM3 sekilogram ketika ini menyebabkan dia terpksa bertahan dengan makan apa yang ada di sekeliling rumahnya.

“Kebun getah saya terletak jauh di atas bukit, setiap hari saya perlu menunggang motosikal kira-kira 30 minit untuk sampai ke kebun. Tetapi keadaan cuaca tidak menentu, jika hujan memang tak dapat langsung menoreh.

“Sepanjang Ramadan ini, saya baharu dua hari dapat menoreh dengan pendapatan kira-kira RM45.

“Untuk tambah lauk berbuka, saya turut menjala ikan di sungai berdekatan rumah jika airnya tidak terlalu dalam. Jika gagal menangkap ikan, saya berbuka puasa dengan makan apa sahaja yang ada,” katanya yang tinggal di Kampung Lintang, Belantik di sini.

Faridah yang menoreh getah sejak berusia 14 tahun berkata, setiap bulan dia hanya mampu meraih hasil jualan getah sebanyak kira-kira RM200, namun jika hujan berterusan, pendapatannya berkurangan.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana mendapat bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ia diguna bagi membayar bil elektrik serta bahan makanan asas lain.

“Ketika masih muda, saya dan arwah suami mampu melakukan pelbagai kerja sampingan termasuk mencari hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan dan ikan di Empangan Gubir.

“Sekarang, semuanya bergantung kepada hasil getah. Kerana itu saya berharap kerajaan dapat bantu naikkan harga getah kepada RM4 sekilogram agar kehidupan kami berubah kerana turut terbeban dengan harga barang,” katanya yang kem4tian suami dua tahun lalu.

Seorang lagi penoreh getah, Sabri Jali, 54, berkata, lauk ikan masin sudah menjadi hidangan biasa dalam hidup mereka sekeluarga termasuk ketika Ramadan.

“Sepanjang musim hujan, saya terpaksa berhutang dengan peniaga getah sekerap untuk membeli barangan keperluan kerana saya hanya mengambil upah menoreh di kebun orang dan hasilnya perlu dibahagi dua.

“Saya harap kerajaan boleh lakukan sesuatu untuk bantu penoreh getah kerana harga getah tidak pernah stabil,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Bagi Siti Khadijah Saud, 26, dia turut mengambil upah menoreh getah bersama suaminya Mohd Amirul Azhar, 27, untuk menyara dua anak mereka yang berusia dua dan enam tahun.

“Pendapatan saya dan suami hanya kira-kira RM300 sebulan. Anak saya sebelum ini pernah minum susu pekat manis kerana kami terputus wang dan jika gas memasak habis, saya terpaksa guna kayu api untuk memasak.

“Saya turut menghidap kencing manis dan perlukan insulin setiap hari selain menjalani pemeriksaan di h0spital. Kerana itu, kami memang tidak mampu membuat persiapan menyambut Aidilfitri sejak dahulu lagi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Real Merah

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.