Baru-baru ini, penyanyi, Tomok meluangkan masanya untuk melawat rumah lamanya yang juga merupakan merupakan tempat dia dibesarkan di Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, tempat tersebut sememangnya istimewa dan menyimpan seribu satu kenangan buat dirinya.
“Tempat aku di besarkan. Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak #akubudakflat” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan New Boyz itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ketika lawatan tersebut, Tomok turut membawa seluruh ahli keluarganya termasuk ibu serta kakaknya yang juga merupakan penyanyi, Ismaliza Ismail.
View this post on Instagram
Malah, mereka juga sempat bergambar sebagi tanda kenang-kenangan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut selain turut mengimbas kembali momen-momen sewaktu Tomok masih menetap di kawasan perumah tersebut.
Komen Netizen:
Sekadar informasi, Tomok memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi bersama kumpulan New Boyz pada tahun 1999 sebelum bergerak secara solo pada tahun 2009 ketika menyertai program nyanyian One In A Million.
Sumber & Kredit: Instagram Tomok
Sumber : MH via SINAR VIRAL