Eh Loveny4! Siti Nurhaliza ‘Ambil Takht4’ Di New York Times Square

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza melakar sejarah tersendiri apabila muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Menurut Siti, dia bersyukur kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

“EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia,” katanya.

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara.

“Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura,” katanya.

Sementara itu Siti menerusi kenyataan rasmi berkata, dia berharap akan terus memenuhi harapan peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya hebat.

Berita gembira itu diumumkan Siti menerusi posting di Instagramnya sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian.

“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” katanya.

Susulan itu, posting berkenaan terus ‘dihujani’ dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis.

Siti juga menjadi warga Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.

Sekadar info, Siti merupakan artis Malaysia kelima yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas Iman Troye, Yuna, Layla Sania, dan juga DOLLA September lalu.

Komen netizen:

 

Sumber: Gempak    via MEDIA PANAA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.