Lepas Anak Kalini Kazar Pul4 Kac4u Rita Rudaini!

 

Pelakon tanah air Kazar Saisi sememangnya dikenali gemar memuatnaik foto-foto beserta kapsyen yang kelakar. Kazar juga sering menyunting fotonya bersama artis antarabangsa, Jennifer Lopez dengan kapsyen-kapsyen mencuit hati sebelum ini.

 

Terdahulu, pelakon jelita Rita Rudaini memuatnaik kapsyen perbualannya bersama anak terunanya, Airit Rayyan Rizqin yang mahukan bakal ayah yang merupakan seorang pemain bola sepak telah menarik perhatian Kazar serta pengikutnya.

“Perbualan malam tadi semasa dalam perjalanan balik dari penggambaran drama.

Ryan: Mommy carilah daddy baru.

Mommy: Kenapa pula tiba-tiba suruh Mommy cari daddy?

Ryan: Ryan nak dia ajar main bola.

Mommy: Macam mana kalau daddy baru tu tak pandai main bola?

Ryan: Mommy carilah footballer,

Mommy: (krik,krik)” tulisnya di Instagram.

Beberapa hari kemudian, Kazar telah memuatnaik foto memakai jersi pemian bola sepak dan menyuruh pengikutnya menunjukkan foto itu kepada Rita. Foto tersebut telah menarik perhatian pelakon jelita itu dan Rita dilihat telah memberi respons terhadap perkongsian yang dibuat oleh Kazar.

Instagram Rita juga dibanjiri komen-komen daripada pengikutnya yang turut berasa lucu dengan foto dan kapsyen yang dimuatnaik. Respon yang dibuat oleh Rita telah meraih lebih 25,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Kazar tidak pernah menghampakan pengikutnya dengan memuatnaik foto dan kapsyen yang menghiburkan hati sesiapa saja yang membacanya.

Rita sebelum ini pernah berkahwin dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan dikurniakan dua oranh cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Pasangan ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 namun bercer4i dengan talak satu pada 4 Ogos 2013.

Sumber: Instagram Kazar, Rita rudaini

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.