Seorang TikToker yang berasal dari Pakistan dilaporkan telah membakar hutan dengan sengaja untuk meraih sensasi di akaun media sosial miliknya.
Memetik The Press Journal, perbuatan yang mungkin bertujuan untuk menarik perhatian pengikut-pengikutnya tentang ‘kehangatan’ dan juga personalitinya yang dianggap ‘panas’ telah gagal teruk selepas dikecam.
Menerusi klip video yang disiarkan olehnya sendiri, dia dilihat berjalan dengan elegan mengenakan gaun bewarna perak menyelusuri lereng bukit dengan berlatarkan api yang sedang marak dengan kapsyen “Api meletus di mana sahaja saya berada”, tulisnya.
Difahamkan, wanita itu mempunyai lebih 11 juta pengikut di akaun TikTok dan telah dikritik pedas melalui hantaran video terbarunya.
Menerokai laman Twitter dari pemilik akaun Rina S Khan Satti, memberikan komen dan menentang perbuatan tersebut memandangkan keadaan Pakistan ketika ini yang sedang dilanda kemarau dan panas terik.
Menurutnya, jika hal ini berlaku di Australia, pelaku akan dikenakan tindakan undang-undang serta akan dipenjarakan seumur hidup kepada sesiapa sahaja yang mencetuskan kebakaran.
Melalui satu lagu hantaran di Twitter melalui akaun Discover Pakistan, menggesa pihak kerajaan untuk bertindak sewajarnya kepada pelaku tersebut dan juga jenamanya.
Namun, wanita berkenaan bukanlah satu-satunya TikToker yang melakukan hal tersebut. Menerusi Indian Express, terdapat beberapa lagi individu lain yang melakukan hal yang sama menurut laporan Geo TV.
Menurut laporan, terdapat rakaman memperlihatkan dua remaja lelaki yang sedang memulakan pembakaran hutan dengan menggunakan pemetik api di Margalla Hills, Pakistan.
مارگلہ کے جنگلات میں آگ لگانے والے جوانوں کی ویڈیو سامنے آگئی@ahsanpsp @dcislamabad pic.twitter.com/7Ke0znzms8
— sajid sheikh (@sajidsheikh321) May 16, 2022
Sumber: Indian Express, The Free Press Journal, Sajid Sheikh, Discover Pakistan, Rina S Khan Satt