Digelar ‘Forest M4n Of India’, Kenali Jadav Payeng, Lelaki Y4ng Berjaya ‘Bina’ Hutan Sendiri

 

Mendapat jolokan Forest Man of India, kenali Jadav Payeng, aktivis alam sekitar tanam pokok seorang diri setiap hari

Hidup ini mempunyai kitaran yang tersendiri, maka berbaktilah pada tanah kerana kelak hasilnya akan dinikmati oleh kita juga. Walaupun arus pemodenan berlaku dengan sangat pantas, jangan pula dilupakan pada kelestarian alam sekitar.

Biarkan tumbuh-tumbuhan dan gunung-ganang terus menghijau kerana ia menjadi salah satu ‘talian hayat’ utama untuk manusia.

Bagaimanapun, ada sesetengah manusia yang rakus memusnahkan kesuburan alam sekitar demi kepentingan sendiri.

Tanpa disedari, hasil ‘tangan-tangan’ manusia ini akan membawa bencana yang lebih buruk dan ‘memakan diri’.

Tidak mahu hal seperti itu berterusan, seorang lelaki di India mengambil inisiatif sendiri dan ‘membina’ hutan di kawasan ‘gurun’ yang tandus.

Kisah lelaki yang dikenali sebagai Jadav Payeng ini pernah menyentuh hati masyarakat dunia kerana ‘kegilaannya’ menanam pokok akhirnya membawa kepada satu ‘kehidupan yang baharu’.

Digelar Forest Man of India

Turut digelar sebagai Forest Man of India, Jadav mula bergiat menjadi aktivis alam sekitar sejak berusia 16 tahun.

Ia bermula selepas fenomena kemarau besar yang berlaku di hutan yang dikenali sebagai Rizab Majuli berhampiran sungai Brahmaputra, India pada tahun 1979.

Ia mempunyai keluasan kira-kira 1,000 hektar dan berada di bawah ancaman berterusan akibat hakisan tanah yang berlaku di tebingnya.

Malah pokok-pokok di kawasan itu juga habis ditebang oleh manusia.

 

Melihat penduduk-penduduk di situ terkesan dan ratusan ular mati, Jadav mula mengatur langkah untuk melakukan sesuatu dan mengubah keadaan tersebut.

Membesar di wilayah Assam, Jadav yang juga merupakan anak kepada peniaga kerbau tidak meneruskan pelajarannya demi memberi tumpuan kepada hutan di situ.

Sebelum itu, Bahagian Perhutanan Assam dipercayai telah memulakan rancangan untuk melakukan penghutanan semula di salah satu beting pasir sungai Brahmaputra.

Pun begitu, rancangan tersebut tidak diteruskan dan telah ‘terbengkalai’ pada tahun 1983.

Mula dengan tanam buluh

Selepas itu, Jadav telah mengambil alih kawasan tersebut dengan menanam buluh.

Tidak lama kemudian, dia meneruskan penanaman spesies pokok yang lain setiap hari.

Hasil usahanya selama lebih 40 tahun itu, hutan tersebut kini terbentang seluas kira-kira 1,360 ekar dan dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok serta tumbuhan seperti pokok sutera, pokok kapas dan pokok arjun.

Bukan itu sahaja, ia juga turut dihuni oleh harimau Bengal, badak sumbu India, reptilia, lebih 100 rusa dan arnab, monyet dan beberapa jenis burung.

Difahamkan, hutan tersebut adalah lebih besar daripada Central Park di New York City.

Menariknya, kerajaan negara itu hanya mengetahui mengenai hutan tersebut pada tahun 2008 selepas kira-kira 100 ekor gajah liar sesat di dalamnya.

Sebagai penghormatan kepadanya, hutan itu dinamakan sempena Padma Shri Jadav ‘Molai’ Payeng.

Terbaru, Jadav dilaporkan berhasrat untuk membantu membangunkan hutan di Mexico pula.

Menerusi laporan portal The Week pada tahun lalu, Jadav merancang untuk menanam tujuh juta pokok di negara tersebut.

umber: One EarthInteresting Engineering

About admin

Check Also

[VIDEO] “Comelnya babysitter Afwa…” – Penj4ga Afwa, An4k TokTi Tarik Perhatian Ramai

  Kecomelan anak – anak kecil memang tidak dapat dina’fikan setiap kali terserempak dengan mereka …

Leave a Reply

Your email address will not be published.