Jaga mak mentu4 sampai akhir hayat, jururawat t4k sangka ipar duai buat kejvtan sehari selepas arw4h men1nggal… tengah kerja disuruh balik awal!

 

JIKA ditelusuri beberapa grup di Facebook seperti Kelab Rumah Tangga (KRT) dan sebagainya, banyak perkongsian mengenai kisah perkahwinan serta mas4lah yang dihadapi pasangan berkahwin.

Selain perkongsian ‘popular’ mengenai kecvrangan pasangan masing-masing, ada juga yang berkongsi kisah mengenai hubungan dingin dengan keluarga mentua.

Namun bagi yang dikurniakan keluarga mentua dan ipar duai yang penyayang, sudah semestinya individu tersebut merupakan antara insan yang bertuah, seperti wanita ini.

Video yang dikongsikan di laman sosial, menunjukkan dia menerima kejvtan hari jadi daripada ipar duai, membuatkan warganet turut tersentuh melihat hubungan silaturrahim keluarga mereka.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nor Azrin Ariffin berkata, ketika itu secara kebetulan kesemua ahli keluarga di sebelah suaminya pulang ke kampung di Nibong Tebal, Pulau Pinang, untuk menziarahi arwah ibu mentuanya yang men1nggal dunia.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Pada 11 Mei, ibu mentua saya, Salasiah Abu Hassan men1nggal dunia selepas dua bulan terlantar kerana kesan C0v!d-19. Jadi semua adik beradik sebelah suami pulang ke kampung.

“Selama ibu mentua terlantar, saya gilir-gilir menjaganya juga memandangkan tinggal berdekatan dengan rumah arwah.

Nor Azrin (duduk, kiri) menerima kejutan sempena hari lahir dan Hari Jururawat pada 12 Mei lalu.

“Keesokannya 12 Mei pula hari lahir saya dan Hari Jururawat. Tapi saya memang tak harapkan apa-apa pun sebab masing-masing sedang bersed1h.

“Saya pun kerja macam biasa hari tersebut. Sepanjang siang, tak ada seorang pun wish. Saya tak kisah pun, sebab masing-masing mesti sibuk nak uruskan tahlil,” kata wanita berusia 38 tahun ini.

Namun menjelang petang, Nor Azrin menerima mesej daripada kakak iparnya meminta dia segera pulang dengan alasan anaknya tidak sihat, tanpa mengetahui sebenarnya ia adalah ‘prank’ sempena hari lahirnya.

Nor Azrin (belakang, kiri) bersama ibu saudara dan adik beradik suaminya.

“Kakak ipar beritahu anaknya gatal-gatal minta saya tengokkan. Pukul 8 malam sampai, saya masuk bilik anaknya.

“Punya belek seluruh badan tapi tak ada apa langsung. Rupa-rupanya masa dalam bilik anak saudara, mereka di luar kalut bawa kek dan ready nak prank.

“Keluar je bilik, terkejvt tengok ada surprise. Masa tu beristighfar sekejap… saya sebak dan cakap tak perlu pun buat semua ni, saya tak minta dan faham situasi sekarang.

“Tapi kakak-kakak ipar cakap, kita sama-sama jaga arwah ibu. Memang menitis air mata. Pertama sebab teringat mak men1nngal, kedua sebab famili mentua sangat hargai saya,” ujarnya yang merupakan seorang jururawat di Parit Buntar, Perak.

 

Saya tak pernah rasa kasih sayang kakak. Bila bertemu jodoh dengan suami, Allah beri rezeki saya dapat tiga kakak ipar dan seorang adik ipar perempuan.

NOR AZRIN ARIFFIN

Bercerita mengenai keakrabannya bersama arw4h ibu mentua dan ipar duai, Nor Azrin berkata dia terharu kerana penerimaan mereka terhadapnya tanpa melihat status.

“Saya merupakan ibu tunggal sebelum berkahwin kali kedua dengan suami sekarang. Sungguhpun suami bujang, tapi kakak-kakak ipar dan ibu mentua tetap terima saya.

“Tak ada rasa berbeza pun kasih sayang mereka terhadap saya. Suami satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, manakala saya pula satu-satunya anak perempuan daripada empat adik beradik.

“Saya tak pernah rasa kasih sayang kakak. Bila bertemu jodoh dengan suami, Allah beri rezeki saya dapat tiga kakak ipar dan seorang adik ipar perempuan,” katanya lagi.

Nor Azrin bersyukur sempat bergilir-gilir menjaga ibu mentuanya yang sakit sejak dua bulan lalu sehingga arwah men1nggal dunia, 11 Mei lalu.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di TikTok, Nor Azrin berkata dia terharu apabila membaca komen netizen yang rata-ratanya turut tumpang gembira dengan videonya.

“Boleh katakan semuanya positif dan tersentuh dengan video tu. Saya bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik dan harap hubungan ini berkekalan.

“Mohon mereka di luar sana sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu mentua saya,” katanya lagi.

Sumber : mStar

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.