Ramai Teruja, Akhirnya Neelofa Ded4h Waj4h Anaknya. Muhammad Bilal Iras Neelofa?

 

Kuala Lumpur: Selebriti terkenal Neelofa memberi bayangan wajah anak sulungnya bersama suami juga pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal mirip wajahnya.

Ia berdasarkan hantaran Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor di Instagram Story yang memaparkan penampilanya sewaktu kecil bersama ibunya, Datin Noor Kartini.

“Tengok masa kecik (kecil) ni, rasa macam ‘copy-paste’ Bilal sangat,” tulisnya dengan disertakan emoji ketawa.

Bagaimanapun, Neelofa yang masih memilih untuk tidak memaparkan wajah penuh Bilal pada umum kerap berkongsi mengenai perkembangan anak pertamanya itu di Instagram Story dan TikTok.

Terdahulu menerusi laporan media, Neelofa juga bekas pengacara program MeleTOP tidak berbuat demikian kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.

Neelofa selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal yang kini berusia empat bulan.

Tak perlu Instagram untuk Muhammad Bilal

Pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Harris Mohd Ismail atau PU Riz tidak bercadang untuk mewujudkan akaun media sosial iaitu Instagram buat anak mereka, Muhammad Bilal.

Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, kebanyakan yang dikongsi oleh peminat adalah dimuat naik semula atau ‘repost’ daripada Instagram Story miliknya.

“Wujudkan Instagram, tak. Kalau ada sekarang ini ia bukan yang rasmi daripada kita. Setakat hari ini belum lagi. Kebanyakan peminat saja yang ‘repost’,” katanya.

Pada masa sama, bekas pengacara program MeleTOP itu berkongsi anaknya ada mendapat tawaran menjadi duta produk.

Ada jenama yang tawarkan untuk menjadi duta, tapi bukan jenama ‘baby’. Namun, mungkin ada perkara yang kurang sesuai. Jadi kita pun tak ada apa-apa yang teruskan lagi. Kalau ada yang sesuai, kena berbincang dengan suami dan tengok keadaan macam mana,” katanya.

Ditanya bilakah wajah Muhammad Bilal akan ditunjukkan kepada umum, Neelofa berkata, masanya pasti akan tiba.

“Macam suami saya cakap, satu hari nanti akan dilihat juga. Kita pun ada aktviti luar dan sebagainya. Cuma, buat masa sekarang kita nak bagi ruang anak kecil itu membesar dulu. Bagi kuat dulu, luar dan dalaman,” katanya.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan.

‘Semoga anak abah menjadi orang yang baik’

“Semoga Allah takdirkan anak abah ini dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah, insya-Allah.”

Demikian coretan pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz buat anak lelakinya, Muhammad Bilal.

Menerusi hantaran di Instagram, PU Riz, 27, meluahkan rasa syukur atas nikmat zuriat diberikan Allah SWT kepada dirinya dan isteri juga selebriti, Neelofa.

“Alhamdullillah Allah beri nikmat. Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat umi abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah. Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menajadi anak yang soleh.

“Taat kepada umi kerana ia perintah Allah yang selamanya. Taat Allah sepenuhnnya berbuat baik pada ibu bapa. Tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidup mu. Jangan melawan (jika tidak ada yang bertentangan dengan agama). Cakap baik baik kepada abah umi. Kasihani abah umi sperti mana abah umi kasih pada mu. Reda Allah ada pada reda ibu bapa dan kemarahan Allah pad keduanya jua.

“Manakah amalan yang paling afdal? Kata nabi solat pada awal waktu iaitu solat pada waktunnya. Kemudian apa? Berbuat baik kepada ibu bapa. Alhamdullillah Allah hadirkan insya-Allah aset ke syurga doa anak yang soleh itu yang dicari. Sehinggakan disebut oleh Nabi sebagai satu amalan yang tak putus,” katanya.

Menerusi hantaran sama, PU Riz mendoakan semoga anaknya itu membesar dan menjadi anak yang baik.

“Semoga anak abah menjadi orang yang baik, insya-Allah. Baru tahu macam mana umi abah aku sayang padaku. Terima kasih Allah atas peluang ini. Dah jadi bapak bapak dah pula. Cepat dunia berlalu,” katanya.

Terdahulu, PU Riz berkongsi isterinya selamat bersalin pada 29 Januari lalu.

Sumber: Metro

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

“Inilah video yg sel4lu buat i sedih yg ter4mat”-Shuib Kongsi Momen Permintaan Siti Sarah Buat Ramai Sayu

  SETAHUN pemergian Allahyarham Siti Sarah turut dirasai oleh bapanya iaitu Raisuddin Hamzah yang mengakui …

Leave a Reply

Your email address will not be published.