“Ain, Aimy, Tunggu T4u. Ayah Dat4ng…” – Shuk Sahar.

 

Kemelut rumah tangga antara Shuk Sahar dan isterinya, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih menjadi tanda tanya di kalangan orang ramai apabila mereka dilihat tidak menyambut hari raya bersama-sama, baru-baru ini.

Sebulan lebih tak jumpa

Terbaru, pelawak terkenal itu memuat naik sebuah video di laman sosialnya iaitu Instagram dan TikTok dan memberitahu dirinya sudah sebulan lebih tidak berjumpa dengan anak-anaknya sejak Sera membawa mereka pulang ke Sabah.

“Saya sebenarnya semenjak daripada awal bulan puasa hari itu, anak-anak saya, Ain dan Aimy mereka pergi dan berapa di Sabah.

“Lebih kurang sebulan lebih juga saya tak jumpa dan sejujurnya saya sangat rindukan mereka”katanya.

Tak rancang apa2, Shuk terus terbang ke Sabah

Disebabkan tidak dapat menahan rindu terhadap anak-anak, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar ini mengambil keputusan untuk membeli tiket pergi ke Sabah pada awal pagi tanpa melakukan sebarang perancangan.

“Jadi, pagi ini saya bangun dan tanpa perancangan, saya terus bergerak ke KLIA 2. Saya beli tiket pergi ke Sabah untuk memberi kejutan kepada anak-anak.

“Ain, Aimy, tunggu tau. Ayah datang…”katanya lagi.

Rindu terbalas

Menerusi video yang dikongsikan itu, jelas terpancar cahaya kegembiraan seorang bapa bertemu dengan anak-anaknya setelah sekian lama tidak bertemu.

Kasih seorang ayah sepanjang hayat

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet tersentuh dengan perkongsian tersebut dan rata-rata di kalangan mereka mengatakan kasih seorang ayah kepada anak-anak tidak dapat disangkal lagi meskipun terpaksa mengharungi dugaan hidup berumah tangga.

Masa buat perangai dulu ada ingat anak2 tak?

Walau bagaimanapun, terdapar warganet meninggalkan  komen dengan mempersoalkan kelakuan pelawak tersebut semasa ‘kantoi’ curang dengan perempuan lain kerana tidak terfikir akan anak-anaknya.

Apa-apa pun, semoga urusan Shuk Sahar sekeluarga dipermudahkan.

Lihat video ini :

Shuk Sahar nafi dah jadikan Fara Salleh isteri -“Belum, kalau kahwin saya jemput”

Nama Shuk Sahar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelbagai kisah kontroversi melibatkan rumah tangganya bersama isteri Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Sera kerap menjadi sorotan media.

Dia juga dikatakan sudah berlaku curang berulang kali sehingga isterinya dilihat hadir ke Mahkamah Syariah beberapa bulan lepas. Namun begitu, status perkahwinan mereka masih lagi menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, sejak awal Ramadan, Shuk dilihat kembali semula ke industri hiburan selepas lama mendiamkan diri setelah kontroversi yang melanda seakan mengganggu kerjaya seninya.

Belum kahwin lagi, urusan dengan Sera pun belum selesai
Menerusi Astro Gempak, pengacara program I Can See Your Voice itu telah menjawab beberapa persoalan seperti dakwaan sudah berkahwin dengan wanita yang kerap bersamanya dikenali sebagai Farah Salleh.

Menurut pelawak terbabit, dia belum pun terfikir ke arah itu kerana mahu menyelesaikan masalah rumah tangganya terlebih dahulu dan meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya.

“Belum… Belum… Saya masih belum berkahwin. Kalau dah kahwin saya jemput. Benda baik…”

“Pada saya, kalau nak buat apa-apa berkaitan perhubungan saya akan selesaikan satu-satu dahulu. Sedangkan hubungan saya dengan Sera pun tak tahu lagi ending macam mana,”

“Saya tengah aturkan yang terbaik, bukan sahaja untuk kehidupan saya tapi untuk semua. Saya perlu fikirkan semua sudut, keluarga, anak-anak dan macam-macam lagi.”

“Apa saya minta doakan yang baik-baik untuk saya. Sebab saya pun dah penat, apa saya cakap side A akan ada yang cakap saya play victimelah. Saya dan terima banyak kali.”

“Bila saya mengaku salah, ada orang cakap pula bangga betul saya buat salah. Saya pun dah tak tahu ayat mana satu betul untuk puaskan hati semua orang.”

“Jadi, saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya,” jelasnya panjang lebar.

“Tengoklah mana tahu jodoh, laki kan boleh kahwin 4”

Dalam pada itu, Shuk turut ditanya perancangannya sama ada ingin berkahwin dalam masa terdekat ataupun tidak kerana gosip liar dengan wanita bernama Farah Salleh itu bukan satu rahsia lagi kerana kerap dilihat bersama.

Walau bagaimanapun, pelawak yang ditemui ketika majlis iftar bersama anak-anak yatim di Shah Alam seperti mengelak untuk menjawab dan memberitahu mahu fokus kepada perniagaan terlebih dahulu.

“Setakat ini perancangan saya ke arah bisnes. Saya nak kembangkan bisnes dan kumpul duit betul-betul. Kalau dah kaya, tengoklah mana tahu jodoh laki boleh kahwin empat!” katanya.

Untuk rekod, hubungan rumah tangga Shuk dan Sera kembali bergolak apabila isterinya dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada bulan lepas. Tak hanya itu, gambar-gambar mereka bersama di media sosial masing-masing juga seakan sudah tiada.

Sebelum ini, pelawak itu beberapa kali dilihat keluar bersama Fara Salleh dan kelibat mereka berdua berjaya dirakam serta tular di media sosial terutamanya di aplikasi TikTok.

Sumber: TikTok @shuksahar, OMM, Astro Gempak (Amri Hassan)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.