Netizen Sudah Tidak Percaya L4gi Anggap Marketing S4mpah, AliffSyukri Bersumpah Atas Nama Allah Pekerjanya Kena Rasuk Bukan Berlakon Atau Gimik

 

S

ejak bulan lalu, ada saja kontroversi terpalit usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri lebih-lebih lagi muzik video lagu rayanya yang mencetuskan sensasi.

Terbaru, perkongsian dikongsikan usahawan itu sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video detik cemas salah seorang pekerjanya telah dirasuk.

Menerusi posting di Instagram itu, Aliff bersumpah bahawa kejadian itu benar-benar berlaku dan bukannya gimik.

Kata Aliff lagi, dia turut pelik dengan pekerja wanita tersebut dimana tenaganya mengalah peninju antarabangsa, Hulk Hogan.

Seperti sudah disangka, di ruangan komen rata-rata netizen mengatakan video tersebut adalah marketing untuk mempromosikan produk keluarannya.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan susah untuk percaya apatah lagi sebelum ini pelbagai drama terpalit usahawan itu.

Dalam perkongsian tersebut, dia memaklumkan yang stafnya telah dirasuk oleh jin. Menerusi video itu, dapat dilihat yang seorang staf wanita tiba-tiba berlari serta menjerit dan Aliff yang kebetulan berada disitu datang membantu.

VIDEO

 

Namun begitu, diakhir video tersebut, dia sempat mempromosikan garam keluaran syarikatnya sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Mana tidaknya, kebanyakkan mereka mulai tidak mempercayai setiap ‘drama’ daripada Aliff Syukri kerana sudah banyak kali posting berkaitan marketing produknya tular hanya untuk mendapatkan perhatian warganet.

Sementara itu, ada netizen mengatakan mungkin video kali ini sememangnya benar kerana Aliff turut menunjukkan bahagian tepi matanya berdarah akibat ditampar ketika menenangkan pekerjanya.

Walau bagaimanapun, kebenaran daripada posting yang dibuat oleh usahawan itu hanya dia dan stafnya sahaja tahu memandangkan mereka juga kerap membuat konten di media sosial bagi mempromosikan produk keluaran syarikatnya.

SUMBER:GulaP0p

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

“Inilah video yg sel4lu buat i sedih yg ter4mat”-Shuib Kongsi Momen Permintaan Siti Sarah Buat Ramai Sayu

  SETAHUN pemergian Allahyarham Siti Sarah turut dirasai oleh bapanya iaitu Raisuddin Hamzah yang mengakui …

Leave a Reply

Your email address will not be published.