2 minggu anak tak makan sampai tingg4l tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja

2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja

Kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak kecil bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi masyarakat zaman sekarang

Malah, kebanyakan insiden tidak diingini berlaku kepada anak adalah kerana sikap ibu bapa yang leka mengejar kemewahan dan kerja sehingga lupa tanggungjawab utama.

Percaya atau tidak, ada ibu bapa yang sanggup membiarkan anak mereka tidak makan berminggu-minggu sehingga anak terpaksa bertarung nyawa.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor wanita ini di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Menurut Dr Ana Yasmin Azmi, pada dua hari lepas belaiu telah mengendalikan kes tenat seorang anak kecil.

Dr Ana berkata, ibu bapa kepada anak kecil itu terlalu sibuk bekerja dan mengambil remeh tentang pemakanan anak mereka yang tidak diberi makan sehingga dua minggu dan sampai tinggal tulang.

Anak kecil itu hanya dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan tenat kerana tidak bertenaga. Dia tidak boleh bernafas dan kadar degupan jantung juga semakin perlahan.

“Kenapalah ada ibu ayah yang tak kisah pada anak sampai anak tinggal tulang. Bayangkan, anak tu nak gerak jari pun takda tenaga. Dia gerak mata je. Anak tu dah pengsan petang semalam, masih simpan di rumah. Tunggu tengah malam, taktau kenapa.

“Bila tanya tak nampak ke anak tu makin kurus? Jawapannya: “saya kerja… Anak tak nak makan.. Saya nak buat apa?”

Dia tak rasa berat badan macam tu tak normal untuk anak.. 2 minggu anak tu tak makan..air je minum..Mak masih rasa ‘dia ok je’,” katanya.

Susulan tularnya ciapan tersebut, rata-rata warganet geram dan sedih dengan sikap ibu kepada anak kecil itu yang seolah-olah tidak kisah langsung tentang nyawa anaknya.

Sumber: buletinfm

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.