PAKCIK YG KENA PVKUL KAT TENG4H JALARAYA T4MPIL BERI KENYATAAN. INI YG DIA CAKAP KHAS UTK LELAKI YG PVKUL DIA

 

ZAINOLDIN Hussain, warga emas yang cedera dibelasah di Padang Jawa dekat Shah Alam pada Ahad lalu, sedia memaafkan pemuda berusia 23 tahun yang menyerangnya.

“Saya berlapang dada untuk memaafkan pelaku, saya tak nak kejadian ini berulang, saya maafkan dia walaupun saya rasa sedih.

“Saya anggap dia seperti seorang anak, umur dia 23 tahun… (tergamak) buat saya macam ni,” katanya dalam satu sidang media di Padang Jawa hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak menarik semula laporan polis yang dibuatkan selepas kejadian.

“Kita ada undang-undang… apa yang patut pihak berkuasa buat, terpulang pada pihak berkuasa,” katanya yang turut memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan.

Ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan pelaku untuk berdamai, Zainoldin berkata, sebagai warga emas beliau sentiasa bersikap terbuka dan sedia bertemu serta memaafkan.

Sementara itu mengimbas kembali detik kejadian itu, Zainoldin, 60, berkata dia sedang memandu menghala ke jajambat di Padang Jawa bersama isteri dan seorang cucu.

Menurutnya, dia tidak sedar motosikal dinaiki pemuda terbabit berada berhampirannya

“Tiba-tiba saya dengar ada orang menjerit, saya tak tahu apa dia cakap sebab dalam kereta tak dengar, saya berhentikan kereta, saya nak tengok adakah saya langgar dia atau dia langgar saya.

“Kemudian saya nampak dia patah balik, tak sempat nak tanya apa-apa, dia terajang saya. Kita orang tua tergamam, maka berlaku pergelutan, saya jatuh dan selepas itu orang kampung datang selamatkan.

“Tiada kesan pelanggaran pada kereta saya, tiada sentuhan langsung, di balai polis pun dah periksa tiada apa-apa kesan pelanggaran,” katanya.

Tambah Zainoldin, dia keluar daripada kenderaan bukan untuk melakukan provokasi, sebaliknya sekadar memastikan keadaan kenderaannya.

“Saya nak periksa adakah saya langgar dia, atau dia langgar saya sebab saya dengar dia menjerit, saya tak kata dia maki, saya tak pasti sebab dalam kereta tak dengar,” katanya.

Sumber – Malaysiapost

 

 

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.