Selepas Dua Tahun Kem4tian Ashraf Sinclair, Ini Ke4daan BCL Sekarang

 

Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair meningg4l dunia pada 18 Februari 2020.

Selepas dua tahun hidup bersendirian, BCL mengaku dirinya masih dalam fasa menenangkan diri dan mencari kebahagiaan.

“Sekarang ini saya ingin tenang, ingin happy,” ujar BCL seperti dilaporkan Kompas.com yang mengambil sedutan temubual dari saluran YouTube TS Media.

Meski tidak mudah melepaskan kenangan manis hidup bersama lelaki yang amat dicintainya itu, BCL mengatakan dia perlu meneruskan kehidupan bersama satu satunya anak lelaki mereka, Noah.

“Masih on the way (menuju bahagia). Apa lagi saya baru melalui sesuatu yang telah mengubah hidup ini.

“Ia seperti kelahiran semula, baby step. Seperti ba.yi, dilahirkan dan belajar lagi berjalan. Sekarang masih cuba merangkak supaya bisa kembali berdiri,” akuinya kepada Luna Maya yang menjadi hos

.

Penyanyi cantik itu bagaimanapun menegaskan jika ada yang bertanya adakah dia bahagia dengan kehidupannya, kata BCL ‘Im happy.’

“Saya bahagia tapi masih perlu banyak menguruskan rasa hati di dalamnya supaya lebih semangat dan kembali seperti sedia kala,” akuinya tanpa berselindung.

Namun dia tidak mahu terburu buru memulihkan perasaan kerana percaya untuk mencapai kebahagiaan, dirinya masih harus melalui proses.

“Saya percaya kepada proses, mungkin boleh dicepatkan atau sebaliknya.

“Tapi saya tak bisa memaksa perasaan, jadi perlahan lahan menerima kehidupan yang sudah berbeza.

“Ya, saya boleh ketawa dan sudah kembali bahagia, kita hanya manusia biasa yang perlu teruskan hidup biar ia memakan proses yang lama buat saya,”katanya lagi.

Dalam temubual sama, BCL mengatakan sudah ikhlas dengan pemergian Ashraf.

“Saya sudah mengikhlaskan pemergian Ashraf. Sudah tidak terlalu berasa ‘berat’ seperti dua tahun ini.

“Kini masanya saya memberi fokus terhadap kehidupan sendiri dan anak kami,” tutupnya.

Sumber : Gempak

Sumber : https://www.dnq.pw/    via SINAR VIRAL PRESS

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.