Asteroid Dua Kali Ganda Bes4r Burj Khalifa Dijangka ‘H4mpiri’ Bumi Hari Ini

 

NASA mengesahkan satu Asteroid gergasi dijangka akan menghampiri Bumi pada hari ini (27 Mei).

Menurut NASA, asteroid yang dinamakan sebagai 7335 (1989 JA) itu mempunyai diameter sekitar 1.8 kilometer. Ia dikategorikan sebagai objek dekat Bumi (Near-Earth Objects) iaitu objek astronomikal yang melintasi pada jarak diantara 46 juta kilometer daripada orbit Bumi.

NASA juga memaklumkan asteroid ini merupakan asteroid terbesar yang pernah ‘menghamipri’ Bumi dan ia dikatakan bergerak pada kelajuan 76,000 kilometer per jam. Sebagai perbandingan, asteroid itu adalah empat kali ganda lebih besar dari Empire State Building di Amerika Syarikat dan dua kali ganda lebih besar daripada Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu.

Walaupun Asteroid gergasi itu bakal menghampiri Bumi pada hari ini namun ia tidak akan memberikan sebarang ancaman atau impak kepada kehidupan di Bumi.

Menurut NASA, sesuatu asteroid itu dianggap berpotensi berbahaya apabila ia mempunyai ukuran sekurang-kurangnya 460 kaki lebar dan berada dalam jarak 4.6 juta batu dari orbit Bumi disekitar Matahari.

Ia mungkin kedengaran seperti dekat dalam skala kosmik, tetapi jarak ini 19 kali lebih jauh daripada jarak Bulan dari Bumi.

Memetik laporan daripada IndiaTimes menjangkakan Asteroid seterusnya yang akan mendekati Bumi adalah pada 23 Jun 2055. Bagaimanapun, ia berada pada jarak yang lebih jauh daripada asteroid 7335 iaitu pada jara kira-kira 70 kali jarak Bumi dengan Bulan.

Sehingga hari ini, hanya 15,000 Astroid yang diketahui oleh para ahli astronomi.

Sumber: UPIIndiaTimes

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.