Baru 8 Hari Nik4h, Isteri Redha Dicer4i Kerana Cuci Beras.

SEORANG wanita di Indonesia meluahkan rasa kecewa kerana diceraikan suaminya hanya selepas lapan hari mereka berkahwin, lapor portal berita Wolipop.

Dedah wanita yang dikenali sebagai Eka S Rufaidah itu, selepas berkahwin, suaminya sering naik berang akan pada perkara-perkara kecil, lapor Kosmo.

Dia pula hanya mendapat tahu bahawa suaminya menghidap keadaan kesihatan mental Obsessive Compulsive Disorder (OCD), sehari selepas mereka berkahwin.

“Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tidak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak.

“Dia juga pernah menyuruh saya menyiapkan makanan dan merendam sudu yang akan digunakan ke dalam air panas. Tanpa disengajakan, pakaian saya terkena nasi itu dan ia membuatkan suami naik angin.

“Saya berasa takut melihatkan emosinya yang tidak stabil,” katanya.

Tambah Eka, dalam satu kejadian lain, suaminya menyuruh dia membuang beras yang sudah dicuci hanya kerana kaedah cucian wanita itu tidak sama seperti cara suaminya.

“Selain itu, ada satu ketika apabila perut saya berasa sakit kerana masalah senggugut. Saya meletakkan bantal tidur di paha bagi mengalas perut yang sedang sakit.

Adab Basuh Beras Cara Islam Yang Patut Diamalkan.

“Secara tiba-tiba, dia menjerit kepada saya dan berkata bahawa saya ialah isteri yang tidak taat,” ujar wanita itu.

Keesokan harinya, Eka berkata, dia meminta kebenaran suaminya untuk pulang ke rumah ibu bapanya secara sendirian.

“Pada 14 Mac, dia mengirim pesanan pada aplikasi WhatsApp dan menceraikan saya begitu sahaja.

“Saya berharap tiada wanita lain yang menerima nasib sama seperti saya dan untuk kaum lelaki, pernikahan bukanlah satu perkara main-main,” katanya lagi.

Derita dalam diam pesakit OCD

BERADA di dalam bilik air berjam-jam, melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengelak untuk berjabat tangan, memegang tombol pintu, butang lif atau meja makan.

Itu antara simptom yang sukar ditinggalkan oleh penghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) sehingga ada antara mereka diberhentikan kerja, hampir dibuang daripada institusi pengajian tinggi (IPT) selain bergaduh dengan ahli keluarga.

Penghidap OCD suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum itu tidak sempurna selain sentiasa merasa resah, tertekan dan cemas.

Kerani yang mahu dikenali sebagai Linda, 32, berkata, dia mula mengalami ketidakcelaruan perasaan dan kerap berfikiran negatif sejak remaja sehingga menyebabkan dia kerap melakukan sesuatu kitaran yang tidak berakhir.

Katanya, sikapnya yang ‘pantang’ dengan kekotoran dan tidak boleh mengawal kerisauan menyebabkan dia sering ditertawakan oleh rakan serta ditegur keluarga.

“Dalam keluarga, hanya saya seorang saja yang begini (menghidap OCD). Saya akui sikap ini mengganggu rutin harian saya, keluarga dan rakan-rakan tetapi saya tidak boleh buang perasaan itu.

“Sudah lima kali saya bertukar tempat kerja, dua daripadanya diberhentikan sebab saya terlalu banyak menghabiskan masa di bilik air untuk mencuci tangan dan muka serta membuat panggilan kepada orang yang sama berulang kali.

“Kerisauan itu sentiasa ada, kadang-kadang pegang pen atau pensel pun saya rasa mahu basuh tangan sebab merasakan ada kuman yang akan memudaratkan diri,” katanya.

Menurutnya, dia juga pernah berpatah balik dari Kuala Lumpur ke Melaka dengan menaiki kereta hanya kerana risaukan tingkap rumahnya belum ditutup rapat.

Penghidap OCD, Muhammad Idham Mohd Rashidi, 25, berkata, dia bercelaru apabila berada di dalam bilik air kerana terlalu memikirkan persekitarannya dipenuhi dengan najis.

“Dalam kepala akan fikir semua yang ada dalam bilik air itu kotor, tambahan pula keadaan bilik air itu basah. Saya rasa seperti percikan air ketika membersihkan najis itu terkena pada semua tempat.

“Contohnya hos pada paip di bilik air yang berada di lantai atau berdekatan mangkuk tandas, saya akan basuh menggunakan sabun sampai puas hati.

“Dan saya sendiri akan membersihkan diri dalam waktu yang agak lama dalam bilik air kerana saya sukar merasakan diri saya bersih selepas membuang air,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya yang bekerja sendiri, dia sangat teliti dalam melakukan sesuatu perkara supaya dihabiskan dengan sempurna contohnya menutup paip air dengan ketat sehingga tiada titisan air yang keluar.

“Saya pernah patahkan paip plastik kerana mahu pastikan paip itu ditutup dengan rapat. Begitu juga ketika mengambil wuduk, selain mengambil masa yang lama, saya akan pastikan semua paip di kawasan itu ditutup rapat,” katanya.

Sementara itu, Aktivis Sokongan Pesakit Mental, Syazwan Jaafar, berkata, setiap manusia mempunyai tahap kebersihan dan kerisauan sendiri namun bagi pesakit OCD ia tidak boleh dikawal dan melampau.

Katanya, pesakit OCD mempunyai simptom yang terbahagi kepada empat kategori iaitu kebersihan, keselamatan, kepercayaan (spiritual) dan susun atur (struktur) yang mana terdapat pesakit yang memiliki lebih daripada dua kategori berkenaan.

Sumber: Kosmo, hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.