Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

 

Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai tidur semasa sesi pembelajaran berlangsung.

Memetik laporan South China Morning Post, video insiden tersebut telah tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan mengenai keselamatan kanak-kanak di sekolah.

Difahamkan, pelajar tersebut telah ditolak sehingga jatuh ke lantai dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Zhaotong, wilayah Yunnan, barat daya China pada 10 Mei lalu.

Menerusi rakaman video, guru itu terlebih dahulu dilihat menggoncang mangsa dengan mencengkam rambutnya sebelum menyeretnya dari tempat duduk dan menolaknya ke lantai.

Heret keluar dari kelas

Guru lelaki itu kemudiannya menendang sebelum mengheret pelajar itu keluar dari kelas.

“Selepas melihat saya mengantuk, dia datang dan memukul saya.

“Guru saya yang lain biasanya hanya menyuruh murid yang sedang tidur untuk berdiri dan mendengar apa yang diajar oleh mereka, tetapi guru yang ini seorang pemarah,” kata pelajar tersebut.

Dakwa pelajar itu lagi, guru tersebut telah meneruskan tugas mengajarnya tanpa dikenakan sebarang tindakan sehingga 21 Mei lalu.

Sementara itu, ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang lain hanya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas melihat video kejadian di dalam talian.

“Selama lebih 10 hari selepas adik saya dipukul, pihak sekolah mahupun jabatan pendidikan tempatan tidak menghubungi saya atau saudara-mara yang lain,” kata abang kepada mangsa.

Bukan kali pertama

Tambahnya, ini bukan kali pertama guru itu memukul adiknya.

“Guru itu menamparnya beberapa kali sebelum ini tetapi tidak sekuat kali ini.

“Adik saya tidak berani memberi tahu kepada kami mengenai apa yang berlaku, saya sangat sedih melihat video itu,” katanya.

Menurutnya lagi, adiknya menghadiri kelas seperti biasa selepas serangan itu tetapi dia bimbang kejadian itu akan menyebabkan trauma psikologi kepada adiknya.

“Hanya ada sebulan sebelum dia perlu menghadapi peperiksaan yang besar dan saya bimbang kejadian itu akan memberi kesan kepada prestasinya atau lebih serius lagi kehidupannya di kemudian hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, kerajaan tempatan telah mengumumkan bahawa guru terbabit telah diturunkan pangkat dan dipindahkan ke jawatan bukan guru pada 22 Mei lalu.

Sumber: South China Morning Post

About admin

Check Also

‘Dia Mungkin Terken4l Deng4n Kontr0versi’ – Fasha Sandha Dedah Sifat Bekas Suami

  Aktres cantik Fasha Sandha pada Isnin mended4hkan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.