Tabah Lepaskan Suami Nik4hi Adik Kandung, St4tus FB Wanita Ini Buat Ramai Tersentuh

 

Ketabahan wanita ini yang sanggup melepaskan suami nikahi adik kandung sendiri telah mendapat pelbagai reaksi di Facebook. Ikuti kisahnya seperti berikut.

Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu perkongsian dimuat naik oleh seorang wanita yang mendedahkan bahawa bekas suaminya telah selamat bernikah dengan adiknya.

Memetik laporan Pikiran Rakyat, wanita tersebut memuat naik satu foto yang memaparkan pasangan pengantin sedang berpelukan pada 20 Mei lalu.

Apa yang membuatkan netizen kagum adalah ketabahan wanita tersebut merelakan pernikahan itu dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya ucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik saya, semoga awak bahagia selalu.

“Kepada adik kandung saya, harap awak sentiasa bahagia dengan bekas suami saya. Selamat menempuh hidup baru,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, wanita tersebut dikurniakan empat orang anak dan seorang daripadanya telah menamatkan pengajian ijazah.

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai dan ada di antara mereka yang tidak menyangka bahawa peristiwa yang sering terjadi dalam drama televisyen boleh berlaku di dunia nyata.

“Ini bukan drama kan?,” kata seorang netizen.

“Ya Allah pasti sakit sangat rasanya,” kata seorang lagi netizen.

Sumber: Pikiran Rakyat

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.