Umur 40-an Dah Penat Kerja, Cadang Nak Bersar4 Awal. Dengar Dulu N4sihat Dari Pengurus Sumber Manusia Ini

Umur 40-an Dah Penat Kerja, Cadang Nak Bersara Awal. Dengar Dulu Nasihat Dari Pengurus Sumber Manusia Ini

Umur 40-an Dah Penat Kerja, Cadang Nak Bersara Awal. Dengar Dulu Nasihat Dari Pengurus Sumber Manusia Ini

Tapi sebelum ambil keputusan besar itu fikir dulu masak-masak. Adakah simpanan yang ada itu cukup untuk bekalan bersara nanti. Baca nasihat daripada Pengurus Sumber Manusia, Marlia Ramli yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam bidang tersebut.

Selepas penat bekerja makan gaji bertahun-tahun lamanya ramai antara kita yang berhajat nak berhenti dan bersara awal. Tambah pulak umur dah masuk 40-an dan simpanan pun dah ada sikit-sikit.

Pesara perlu RM1,500 sebulan

Menurut beliau, keperluan tersebut menjadi lebih tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan.

Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 tidak mencukupi melainkan pesara bebas daripada hutang atau mempunyai sumber simpanan lain. Dan kos perbelanjaan ini tidak termasuk ancaman inflasi juga isu kesihatan!

Ini belum lagi cerita bila dah bersara, rumah belum habis bayar. Kerap akak ingatkan bahawa rumah yang kita tinggal bersama keluarga bukanlah asset tapi liabiliti.

Maka, kenapa perlu tinggal di rumah yang memakan kadar bayaran 30% melebihi gaji? Kenapa perlu renovate setiap tahun? Kenapa perlu ditukar langsir dan juga sofa bila tibanya musim raya?

Panduan rancang matlamat kewangan sebelum bersara

Yang baru 20-an, untung lah kerana anda masih punya banyak masa. Namun yang dah “veteran” cam umur akak ni, kita belum terlambat juga. Apa lagi! Lakukan saja pecut kewangan secara drastik!

Akak faham agak sukar mahu menetapkan matlamat. Maka, akak cuba lakukan draft kasar beberapa matlamat yang anda mungkin mahu lakukan bagi setiap peringkat umur.

UMUR 20-AN

  • Bina pendapatan kecil-kecilan
  • Jangan follow trend hipster
  • Belajar menabung 15% – 60%
  • Cari ilmu kewangan dan belajar
  • Baca buku, hadiri seminar, cari guru
  • Mulakan tabung bersara seawal usia
  • Tanamkan mindset untuk bersara selesa

UMUR 30-AN

  • 💓 Mulakan pelaburan secara agresif hartanah, unit amanah, emas
  • 💓 Beli takaful perubatan
  • 💓 Carilah peluang menjana pendapatan pasif
  • 💓Pastikan dana kecemasan cukup enam bulan gaji
  • 💓 Kenali potensi saham dan laburkan wang lebihan
  • 💓 Bina dana pendidikan anak-anak melalui instrument pelaburan
  • 💓 Sementara muda, lakukan dua kerja dan saving semaksimum angka

UMUR 40-AN

  • 💓 Lindungi asset daripada inflasi dan kuatkan tabungan emas
  • 💓 Fokus 100% kepada tabung persaraan
  • 💓 Elakkan liabiliti jangka panjang
  • 💓 Slow down dan tuai hasil pendapatan pasif
  • 💓 Menabung, menabung dan menabung
  • 💓 Elak acah-acah tambah isteri dengan alasan “life begin at 40”

UMUR 50-AN DAN 60-AN

  • 💓 Berhenti libatkan diri dalam pelaburan berisiko tinggi
  • 💓 Selesaikan segala hutang piutang
  • 💓 Berbincanglah dengan pasangan urusan pembahagian harta
  • 💓 Fokus untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda
  • 💓 Tingkatkan nilai rohani serta kasih sayang terhadap keluarga
  • 💓 Tenang-tenang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

Lain padang lain belalang. Jika anda baca “catatan pelabur bilis yang rojak” anda faham mengapa akak tidak mahu menunggu hingga 55-60 tahun untuk bersara. Akak ingin memiliki kemampuan bersara di usia 45 tahun.

Tak bersara betul-betul pun tak apa

Akak juga tuliskan matlamat mengikut usia jika anda ingin bersara muda. Manalah tahu, jika anda mahu bersara seawal 40 atau 45 tahun juga.

Tak bersara betul-betul pun tak apa. Janji miliki kemampuan memilih untuk terus bekerja atau bersara muda secara selesa.

Silalah baca ulangkaji tulisan level cakar ayam akak tu. Akak cadangkan anda tulis matlamat kewangan mengikut usia di kertas yang besar dan lekatkan di dalam bilik.

Oh ya! Macam yang akak selalu cakap, kalau nak berbahas selamanya tak akan habis. Ini cumalah cadangan secara general. Akak yakin anda akan sesuaikan ikut keperluan dan kemampuan anda.

Setiap hari baca dan set kan strategi kewangan anda. Biar membara semangat untuk bersara muda dan selesa.

Ambillah yang sesuai tinggalkan yang tidak sesuai. Ceduk idea dan binalah acuan mengikut impian anda sendiri.

Pejam mata dan tanya diri. Anda MAHU BERSARA UMUR BERAPA? Maka, ambillah tindakan segera!

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Marlia Ramli

About admin

Check Also

‘Dia Mungkin Terken4l Deng4n Kontr0versi’ – Fasha Sandha Dedah Sifat Bekas Suami

  Aktres cantik Fasha Sandha pada Isnin mended4hkan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.