Sanggup nenek yg d4h berumur dat4ng bertongkat. Dia tak lar4t tapi digagahkan juga sbb nak tuntut hak dia

 

Ini cerita kisah hidupku. Kisah yang penuh onak dan duri. Dugaan bagiku, doakan aku semoga aku kuat untuk menghadapi masa masa akan datang.

Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas. Sekelip mata aku menjadi yatim piatu. Aku telah kehilangan kedua ibu bapaku termasuk abang aku sekaligus pada bulan puasa akibat kemalangan jalan raya.

Waktu tu tinggal lebih kurang 2 minggu sebelum menyambut hari raya.

Jantung aku seolah olah berhenti seketika ketika menerima khabar berita itu. Betapa sedihnya aku yang tak dapat diungkap dengan kata kata.

Tinggallah kami 4 adik beradik, aku yang ke-3 dan seorang adikku. Kakak aku yang sulung baru berusia 20 tahun, manakala kami 3 beradik masih bersekolah. Yang paling sedih umur adikku yang bongsu baru berusia 7 tahun.

Ketika kejadian, adik dan juga 2 orang abangku turut mengikut ibu bapaku untuk pergi ziarah saudara mara di Pahang. Ibuku sempat membeli barang barang untuk persiapan raya kami semua.

Hanya aku dan kakakku sahaja yang tidak mengikut mereka untuk pergi kesana. Entahlah, masa tu memang hati tak tergerak untuk pergi.

Sebelum ibuku berangkat ke sana, ibuku ada mengajak aku dan kakakku untuk ikut sekali tapi aku hanya katakan tak nak.

Ibuku sempat bercakap padaku sebelum pergi mungkin kerana dia melihat aku termenung dan sedih ketika itu. Aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiranku ketika itu.

Ibuku menyoalku “kenapa taknak mak pergi ke?”. Aku hanya diam, dan ibuku berpesan padaku, “duduk baik-baik ye”.

Sungguh aku ingat sampai sekarang itulah pesanan terakhir dari ibuku seolah olah dia tahu dia akan pergi buat selamanya

Tetapi sudah takdir, mereka terlibat dalam kemalangan semasa ingin pulang ke rumah. Adikku cedera parah hingga dimasukkan di ICU, kakinya patah dan tulang retak.

Allah, tak sanggup aku melihat adikku yang sekecil itu menanggung kesakitan sorang diri. Abangku terselamat dan mengalami cedera ringan.

Pada malamnya, jnazah kedua ibu bapaku dan abangku dibawa pulang ke rumah. Aku teramat sedih melihat ketiga tiga jnazah diruang tamu rumahku.

Abang dan adikku masih di hospital, jadi mereka tidak sempat menatap dan mencium mereka buat kali terakhir.

Selepas beberapa hari mereka telah dikebumikan, abang aku telah keluar dari hospital dan pulang ke rumah.

Ketika sampai dirumah, aku sangat sebak melihatnya kerana dia seolah olah mencari ibu ayah dan abang di setiap sudut rumah tetapi tidak kelihatan.

Aku dapat melihat mukanya yang hampa seolah olah dapat mengagak mereka sudah tiada lagi.

Selepas itu, pakcikku memanggilnya dan memberitahu bahawa kedua ibu ayah dan abang sudah tiada.

Dia hanya diam tanpa mengeluarkan airmata tetapi aku dapat membaca pada air mukanya yang dia begitu sedih.

Sejak pada itu, dia tidak banyak bercakap, lebih kepada diamkan diri.

Kami adik beradik struggle untuk meneruskan kehidupan, tak ada siapa pun yang ambil tahu sedangkan pakcik pakcik saudara ramai yang tinggal sekampung, hanya nenek saudara yang betul betul mengambil berat tentang kami.

Dia selalu datang kerumah kami. Kadang kadang bawakan makanan walaupun dia sendiri sudah tua tapi alhamdulillah masih kuat.

Untuk pengetahuan semua, kami masih ada seorang nenek belah aruwah ayah. Tapi dia langsung tidak ambil tahu pasal kami kerana dia memang dari awal tak suka kami kerana aruwah ayah kahwin dengan menantu bukan pilihannya.

Jadi, dia pun memang tak suka aruwah ibu. Itu aku tidak kisah sebab dah terbiasa.

Tetapi yang membuat aku sedih ialah selepas seminggu dua kami kehilangan ibu bapaku, dia datang kerumah kami untuk menuntut hak dia katanya.

Sanggup dia datang jalan kaki pakai tongkat sebab dah berumur dah tak larat nak berjalan. Tapi dia gagahkan jugak datang semata mata untuk menuntut hak dia.

Kami bukan orang senang, kami orang susah dan tak ada harta benda yang ditinggalkan kepada kami. Kedua ibu bapaku hanya kerja kampung yang gajinya hanya ratus ratus sahaja.

Malah, rumah yang kami tinggal sekarang pun bukanlah rumah sendiri. Tetap kena bayar sewa walaupun ibu bapaku telah tiada.

Bayangkan kami adik beradik hidup macam mana selepas ketiadaan ibu bapa. Tambah pula dia datang untuk menuntut hak.

Aku hanya mampu berdiam diri. Kakakku sebagai anak sulung bersuara kepada nenekku,

“Nek, kami pun hidup sebatang kara tidak ada tinggalan harta dan wang ringgit. Jadi kalau nenek nak ambil barang barang dalam rumah ni, nenek ambillah sebab kalau nak minta duit, memang kami tak ada”.

Sungguh aku tak sangka melihat kelakuan nenekku. Dia terus bangun dan berjalan jalan dalam rumahku melihat barang apa yang dia mahu ambil.

Setelah itu, dia bersuara “aku nak mesin jahit ni, kuali besar ni”. Ada 1 kuali besar dirumahku untuk tujuan kenduri kendara, aku tak kisah, ambillah.

Tapi, yang membuat aku sedih ialah dia mahukan mesin jahit kami. Mesin jahit tu ibuku yang membelinya dengan titik peluh dia sendiri untuk kakakku dan ia menjadi sumber pendapatan kami adik beradik kerana kakakku tukang jahit.

Tergamaknya dia mahu ambil sedangkan dia tahu kakakku menjahit untuk mencari rezeki.

Sempat lagi dia berkata mahu berikan mesin jahit kepada cucunya kerana cucunya itu sedang belajar menjahit sekarang.

Nanti da habis belajar, bolehlah dia pakai mesin jahit tu untuk mengambil tempahan tempahan baju.

Cucu yang dimaksudkan tu ialah cucu kesayangannya yang tinggal bersamanya. Kami terpaksa akur dengan kehendaknya.

Selepas pada itu, aku dan kakakku cuba belajar membuat kek untuk mencari pendapatan. Kami belajar hanya di Go0gle dan Facebo0k.

Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu. Aku juga menjadi agent menjual tudung. Aku sedaya upaya mencari side income demi perbelanjaan kami.

Itu belum masuk lagi part pakcikku yang kami panggil paklang.

Sepatutnya kami adik beradik dapat claim duit insurans kereta kerana kemalangan. Tetapi dia lagi laju bertindak.

Duit yang sepatutnya menjadi hak kami adik beradik telah diambil olehnya tanpa pengetahuan kami.

Tak apa, makanlah harta anak anak yatim piatu seperti kami. Mungkin terlepas didunia tapi bukan diakhirat kelak.

Macam macam rintangan yang kami lalui, bukan senang menjadi anak yatim piatu sekelip mata berubah.

Kehilangan yang begitu menyakitkan, rindu yang tiada penghujungnya hanya Tuhan yang tahu sampai sekarang.

Apabila orang disekelilingku bertanya tentang ibu bapaku bagi yang tidak tahu, aku hanya mampu diam.

Tidak pernah sekalipun aku memberitahu tentang ibu bapaku yang mereka sudah tiada… Kerana aku sungguh tak kuat dan tak mampu untuk bercerita.

Setiap kali aku teringatkan mereka, air mataku deras mengalir. Apatah lagi mahu bersuara sungguh aku tak kuat. Jadi, aku mohon doakan semoga aku terus kuat dan kuat.

Semoga jasa baik dan doa doa korang berbalik kepada kalian. Semoga Allah saja dapat membalasnya. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hatiku.

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.