Isteri Minta Cerai, Lelaki Menangis Pilu H4ntar Isteri Pulang Ke Pangkuan Ibu Bap4nya Semula

 

Tidak dapat menahan kesedihan, lelaki menangis pilu, hantar isteri yang dicerai ke rumah ibu bapanya.

Adat berumah tangga pasti akan ada pasang surutnya.  Namun, walau sekuat mana pun ia dipertahankan kadang kala akan terlerai jua. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai tetapi jika takdir mengatakan sebaliknya, ia perlu diterima dengan hati yang redha.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang menyaksikan momen-momen pilu ketika seorang lelaki datang mengembalikan isterinya yang telah diceraikan.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok itu memperlihatkan seorang lelaki yang sedang duduk di hadapan seorang warga emas yang dipercayai mertuanya.

Lelaki itu dikatakan datang untuk memulangkan isterinya yang dikatakan telah berkali-kali meminta cerai daripadanya.

Menerusi video itu, lelaki tersebut menangis ketika ditenangkan oleh ibu mertuanya.

Dalam pada itu, ibu kepada lelaki terbabit turut menangis setelah melihat anaknya yang sangat kecewa dengan perceraian tersebut.

Dia kemudian datang dari belakang untuk memeluk anaknya bagi menenangkannya.

“Saat melepaskan isteri yang selalu meminta perpisahan. Serta-merta air mata ibu terjatuh,” tulis pemilik video tersebut.

Detik menyentuh hati itu telah mendapat perhatian netizen dan ditonton lebih 2.9 juta kali.

Rata-rata netizen memuji lelaki itu yang berani memulangkan isterinya dengan cara baik kepada ibu bapanya.

“Jangan menilai satu pihak, kita tidak tahu apa yang berlaku antara mereka, cuma doakan yang terbaik untuk mereka walaupun terasa berat,” kata seorang netizen.

BACA: Bercerai Sebab Sifat Panas Baran, Doktor Sahkan Tumor Otak Jadi Punca Lelaki Ini Berubah Sikap

Sumber: Suara.com

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.