“Cantik Anju Buk4n Hanya…” Peguam Nurul Hafidzah Ded4h Siap4 Sebenarnya Zarina Anjoulie

 

Peguam popular Nurul Hafidzah Hassan tampil membuat hantaran mengenai teman baiknya yang juga selebriti sensasi Zarina Anjoulie.

Puji Hafidzah, Anju punyai hati yang murni, berbudi bahasa dan sentiasa menyantuni orang di sekelilingnya.

“Dalam banyak-banyak orang yang saya kenali, Anju antara yang paling berbudi bahasa, penuh kasih sayang, tanya khabar setiap hari, cakap benda baik, setiap hari cakap love you.

“Kalau pergi rumah dia, habis semua benda dijamu ke kita. Dibelikan itu ini. Kawan-kawan kita, staf kita sentiasa hargai dan pastikan mereka berbual dan selesa bersa.a Layanan kat pekerja pun macam kawan, keluarga.

“Anju tak pernah ambil kesempatan. Dia sentiasa jadi orang yang berk0rban untuk orang lain. Sentiasa percaya orang dan cepat kasihan.

“Saya selalu sedih sebab Anju akan berakhir dengan kecewa bila ramai orang ambil kesempatan dalam kebaikannya. Dia ingat semua orang ikhlas dan baik macam dia,” puji Hafidzah.

Memperbetulkan tanggapan segelintir pengguna media sosial, tambah Hafidzah lagi, ramai yang selalu salah anggap tentang sikap sebenar Anju.

“Kadang-kadang apa yang kita nampak tidak semestinya betul. Hanya kerana mungkin dia berkongsi fikirannya seminit di Instagram, kita cop dia macam-macam. Itulah inilah.

“Kita menghakimi tanpa mengenali. Kita gagal menilai setiap kebaikan seseorang terhadap orang lain. Kita lupa buruk kita sendiri. Dan layanan kita dekat orang lain,” tambahnya.

Malah, kata Hafidzah, perbezaan ketara personalitinya dan Anju membuatkan mereka lebih akrab sebagai sahabat.

“Kami sangat berbeza. Anju outgoing. Outspoken. G1la-g1la. Saya banyak diam. Ketawa. Skema. Boring. Mungkin saya dah tua dan selalu kepenatan dengan kerja saya hari-hari.

“Tapi dia tak pernah jemu berkawan dengan saya sedangkan saya tak pernah buat apa-apa kebaikan to her. Kami sentiasa tak setuju banyak perkara.

“Dia sanggup buat apa sahaja demi persahabatan. Kadang-kadang kene backst4b dia serik. Tapi bila dipujuk dia lembut hati lagi. Itulah Anju, kawan tanpa sebab. Tak f4ke.

“Cantik Anju bukan sahaja di luar tapi 100 kali cantiknya Anju dalam hati,” coretnya lagi.

Untuk rekod, Hafidzah pernah mewakili Anju dalam kes perbicaraan membabitkan isu fitn4h berhubung bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) beberapa tahun lalu.

Anju memfailkan sam4n fitnah RM3 juta terhadap rakan seperjuangannya, Amyza Aznan ekoran kontr0versi itu.

Malah, Hafidzah pernah mewakili Anju dalam kes saman fitn4h dengan selebriti Fara Mendoza.

“Karma Is Real”- Zarina Anjoulie Sindir Awal Ashaari?

Setelah pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan melakukan khi4nat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan. Selebriti dan usahawan. Zarina Anjoulie tampil titipkan pesanan agar tidak beria untuk menjatuhkan orang lain.

“Karma Is Real”

Menerusi laman Twitter, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa sebagai Anju menyatakan bahawa Awal sebelum ini mengkr1tik tindakan rakan karibnya yang merupakan peguam, Nurul Hafidzah Hassan dan menganggap karma itu adalah benar.

“Haritu Awal was going all out for my BFF @hafidzahhassan1. Karma is real”-Anju

Tak Perlu Beria Untuk Menjatuhkan Orang Lain

Tambahnya lagi, Anju turut menitipkan pesanan agar tidak perlu beria untuk menjatuhkan orang lain kerana tidak tahu bila pula giliran kita yang akan jatuh.

“Let’s all stay humble next time tak perlu beria nak jatuhkan orang nak memburukkan orang kerana kita tidak tahu bila kita pulak akan jatuh.”-Anju

Awal Ashaari kini berdepan tuduhan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan dengan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM600 pada bulan lalu.

Awal juga didakwa mengikut Sekksyen 427 Kanun Kesekksaan kerana melakukan khi4nat yang memperuntukkan hukvman penj4ra tidak kurang daripada setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda kedua-duanya jika disabit kesalahan.

kredit: astro gempak

Sumber: bartasangbad

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.