Kes Tanam Gnj4: Datuk Dibeb4skan, Netizen Persoalk4n Kes Yasin Sulaiman.

 

Seorang bekas diplomat yang ditahan kerana disyaki mengusahakan hampir 100 batang pokok ganja di rumahnya di Janda Baik, Pahang pada 21 Mei lalu dibebaskan daripada tahanan polis semalam.

Menurut laporan Harian Metro, ia selepas polis gagal mendapatkan reman kali kedua terhadap bekas diplomat berusia 78 tahun itu daripada Mahkamah Majistret Bentong.

Antara foto rampasan

Peguam mewakilinya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pemohonan reman kedua selama tujuh hari itu tidak dibenarkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim.

“Majistret berpuas hati antara lain tiada bukti untuk mengaitkan individu berkenaan dengan apa-apa kesalahan,” katanya.

Bagaimanapun, segelintir netizen tidak berpuas hati mengenai keputusan tersebut dengan membandingkan kes sama dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman.

Sebelum ini, penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Mac lalu.

Meninjau komen berhubung laporan berkenaan di laman Facebook, rata-rata simpati dengan nasib Yasin yang menerima hukuman berbeza daripada bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk itu.

Bekas diplomat tanam keliling rumah?

Mereka menyifatkan keputusan tersebut tidak adil kerana Yasin kini menjalani kehidupan dalam penjara termasuk berdepan hukuman gantung sampai mati, sedangkan individu terbabit sudah dibebaskan.

Nasib kau la Yasin, lain kali jadi diplomat

 

Kes sama tapi satu dipenjara, satu lagi boleh bebas

 

Terdahulu, bekas diplomat itu dan anak lelakinya direman sehingga 28 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bekas diplomat, anak ditahan kes tanam ganja

KUALA LUMPUR: Seorang bekas diplomat berusia 78 tahun bersama anak lelakinya, ditahan polis susulan penemuan kira-kira 100 pokok ganja yang ditanam sekitar rumahnya dekat Janda Baik, Pahang.

Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ganja berkenaan dipercayai ditanam anak lelakinya di kawasan kediaman berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis merampas semua pokok ganja yang ada di sekeliling rumah suspek dan beberapa peralatan lain.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan daun ganja yang sudah dikeringkan daripada pokok ganja yang dirampas susulan penangkapan bekas diplomat bersama anak lelakinya yang menanam 100 pokok ganja sekitar rumahnya di Janda Baik ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang. - NSTP/Aizuddin Saad

“Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana suspek memperoleh bekalan pokok ganja terbabit.

“Kami juga sedang menyiasat peranan kedua-dua suspek yang ditahan dalam kes itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam serbuan itu, suspek yang juga bekas diplomat terbabit ditahan di rumahnya Sabtu lalu manakala anak lelakinya yang berusia 53 tahun pula ditahan di Shah Alam, semalam.

Serbuan dilakukan JSJN terhadap kediaman itu pada jam 6 petang Sabtu lalu, membawa kepada penemuan hampir 100 pokok yang dipercayai pokok ganja di sekeliling kediaman suspek.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung penahanan tersebut. Difahamkan Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kes terbabit hari ini.

Sumber: Facebook Harian Metro (Zanariah Abd Mutalib), bharian, OMM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

About admin

Check Also

“Mohon Doak4n Anak Kesayang4n Mama..”, Satu Bad4n Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

  “Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published.