Jika dilihat di laman Instagram, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal difahamkan sedang bercuti di Thailand bersama sebahagian ‘orang kuat’ yang menjayakan perniagaan mereka.
Bagaimanapun, memetik laporan Cari Forum, terdapat satu video didakwa dimuat naik oleh Aeril sendiri di aplikasi TlkTok telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
View this post on Instagram
Menerusi rakaman berdurasi 18 saat itu, kelihatan pasangan tersebut menaiki bot menyelusuri sungai yang dikelilingi panorama kehijauan dengan latar belakang sebuah lagu Thailand.
Namun begitu di pertengahan video berkenaan, aktor drama Tercipta Satu Ikatan dilihat kononnya menolak isterinya ke dalam sungai.
Selepas isteri hilang dari pandangan, dia menunjukkan aksi gelak ketawa seolah-olah puas dengan tindakan dilakukan.
Berikutan itu, warga Twltter mendakwa bapa kepada empat orang cahaya mata itu seperti mempersendakan kematian aktres Thailand, Tangmo Nida yang menggemparkan media sosial tidak lama dahulu.
Ingat lawak ke
‘Try hard’ sangat tu…
Bagaimanapun, video tersebut sudah tiada di akaun TikTok Aeril dipercayai telah dipadam berkemungkinan menyedari dirinya dikcam warganet.
Sumber : OMM