Mur4h Rezki Awak Dik..”Wartawan Cilik Vir4l Dikejutkan Dengan Video Call Dari Artis Yng Amat Di Minatinya

 

Awal minggu ini kita di ceriakan dengan satu video tular dimana seorang ‘wartawan cilik’ yang melaporkan kejadian penemuan seekor ular sawa di Pasar Bukit Semambu, Kedah.

Video adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 11 yang petah menyampaikan laporan berita persis seorang wartawan profesional di tapak kejadian menjadi perhatian ramai sehingga barisan selebriti turut tertarik dengan bakat komunikasi yang dibanggakan dari seorang kanak-kanak.

Buat kejutan dekat wartawan cilik

Oleh itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh penyanyi terkenal, Nabila Razali di Instagramnya, dia telah berkongsi momen ketika membuat panggilan video kepada kanak-kanak berkenaan susulan ada khabar mengatakan adik Haziq amat meminati artis tersebut.

Minat sangat Nabila Razali

Ternyata kejutan yng dibuat oleh Nabila berhasil apabila kanak-kanak tersebut agak terkejut setelah melihat penyanyi itu di skrin telefon bimbitnya.

Sebenarnya, adik Haziq pernah membuat satu poster yang ditulis di papan putih dengan menulis nama Nabila Razali sebagai tanda meminati penyanyi itu.

Sempat titip pesan

Dalam video yang dikongsikan di Instagram, Nabila memuji kepetahan kanak-kanak tersebut dalam berkomunikasi. Pelantun lagu Peluang Kedua itu juga turut menitipkan doa agar adik Haziq akan menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di masa hadapan dalam mengejar cita-citanya sebagai seorang cef.

Sumber: Instagram Nabila Razali

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.