Ramai Tak Sangk4, Mawar Karim Sud4h Kahwin Tiga Bulan?

 

Kuala Lumpur: “Mereka (Mawar Karim dan Datuk Z) dah kahwin tiga bulan lalu. Mawar bermadu.”

Itu kata sumber kepada Harian Metro mengenai spekulasi status perkahwinan usahawan terkenal, Mawar Karim dengan ahli perniagaan asal Perlis yang dikenali sebagai Datuk Z.

Malah, sebelum ini tular video yang mendedahkan pasangan itu sudah berkahwin Di Bukit Tinggi, Pahang selain wajah suami Mawar turut diperkenalkan.

Bagaimanapun, Mawar, 33, yang ditemui pada Majlis Perasmian Lana’s Bakery Land di Petaling Jaya, semalam menafikan perkara itu

Menurut sumber itu juga, kehadiran Mawar pada majlis berkenaan turut ditemani suaminya.

Menurut Mawar juga ibu kepada seorang anak perempuan, Wan Maryam perancangan untuk berkahwin ada dan mohon doa yang terbaik.

“Insya-Allah, kita dalam proses (kahwin). Perancangan itu ada, doa yang terbaik. Apa pun perancangan Allah yang tentukan. Bila tu tak tahu lagi. Mungkin bulan Disember, Januari.

“Anak pun okay, sebab ada proses mengenali. Nak perkenalkan calon, dia orang biasa saja. Saya pun jarang kongsi cerita peribadi di media sosial. Saya kongsi kerjaya saja,” katanya.

Mawar berkata, apa yang penting lelaki itu boleh menerima anak perempuannya yang kini berusia lima tahun.

Umur, beza lebih 10 tahun. Ciri-ciri, yang penting penerimaan anak saya. Sebab kiranya pakej lah, ada anak saya sekali ‘one plus one’. Sebab tak semua orang boleh terima.

“Jadi apa yang penting berkat doa mak, doa saya sendiri, keserasian anak, itu sangat penting. Keluarga pun tahu. Saya doakan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, pada April lalu akhbar ini melaporkan Mawar mendedahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan berasal dari utara tanah air dan bercadang mendirikan rumah tangga tahun ini.

Mawar berkata, dia sudah mengenali jejaka itu sejak setahun lalu dan kini sedang dalam proses mengenalinya dengan lebih mendalam.

Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Hati Mawar Karim sudah dimiliki, rancang nikah tahun ini

Usahawan popular, Mawar Karim akhirnya tampil mendedahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan berasal dari utara tanah air dan bercadang mendirikan rumah tangga tahun ini.

Mawar berkata, dia sudah mengenali jejaka itu sejak setahun lalu dan kini sedang dalam proses mengenalinya dengan lebih mendalam.

Doakan yang terbaik untuk kebahagiaan saya dan ahli keluarga lain. Hampir empat tahun saya berstatus solo, malah anak pun sudah nak masuk lima tahun. Jadi, saya fikir sudah tiba masanya untuk memiliki peneman hidup atau ‘soulmate’ bagi memulakan hidup baru.

“Insya-Allah, saya merancang nikah tahun ini. Doakan yang baik-baik. Apapun saya tunggu kes mahkamah selesai dulu. Emosi saya pun tak okey sekarang ini kerana nak fokus dengan perniagaan dan kes ini dulu,” katanya.

Ditanya mengenai lelaki terbabit, Mawar enggan mengulas lanjut mengenai statusnya, tetapi bersyukur lelaki berkenaan menerima kehadirannya yang sudah memiliki pakej bersama anak.

“Berkenaan status lelaki ini saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa. Kami pun baru berkenalan, namun doakan yang terbaik untuk saya.

“Apa yang membuatkan saya tertarik nak berkawan dengannya adalah kami memiliki persefahaman yang baik. Dia memahami status saya yang memiliki seorang cahaya mata,” katanya.

Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Metro

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.