“Tk malu ke badan m4cam tu…” peminat , Akhlrnya Almy Nadia buk4 mulut

 

Bagi pengikut Datin Almy Nadia, mereka sedia maklum bahawa aktres itu sering membuat reviu pelbagai produk di media sosial miliknya sebagai salah satu cara untuk meraih pendapatan.

Namun begitu, terdapat seorang individu kurang senang dengan bertindak melakukan ‘body shaming’ dan menghina fizikal pelakon berusia 36 tahun itu.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Almy berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan komen individu tersebut meminta dia berhenti menikmati makanan yang dipromosi.

Malah, salah satu komen turut mempersoalkan mengapa pelakon filem Dunia Baru The Movie itu mempromosikan produk mengurangkan berat badan sedangkan dia sendiri mempunyai badan berisi.

“Sis tolong berhenti senaman otot rahang awak. Tolong berhenti makan sis. Badan kau sendiri berisi kenapa nak promosi produk turun berat.

“Sis tak malu ke badan macam tu lagi la nak kongsi video tengah makan,” itu antara komen ditinggalkan oleh individu berkenaan.

Bagaimanapun, isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz itu tidak berkecil hati dengan kutukan tersebut sebaliknya berharap orang ramai dapat mendoakan agar individu terbabit menjalani kehidupan penuh bahagia.

 

Sebelum ini, Aktres itu dilihat hanya memakai T-Shirt putih yang dipadankan degan seluar palazo serta memakai selipar.

Walaupun bergelar Datuk dan Datin tapi pasangan ini sangat sederhana dah sangat humble tak gitu.

Sumber : OMM

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.