Aksi Mak Wan Latah Berjoget S4mbil Karaoke Dikec4m Netizen, D4kwa Jadi Pvnca Percer4ian

 

GARA-GARA memuat naik video sedang berkaraoke, pelakon Mak Wan Latah menerima kecaman netizen sehingga ada yang mendakwa perbuatannya itu menjadi punca perceraian dengan bekas suami.

Menjawab kritikan tersebut, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, aktiviti karaoke itu merupakan salah satu cara untuk dia melepaskan tekanan selepas penat menjalani penggambaran.

“Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaroke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah?

“Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri.

“Tolonglah jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukuplah tu,” jelasnya.

Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri

MAK WAN LATAH

PELAKON

Dalam pada itu, Mak Wan juga memohon agar netizen tidak terlalu cepat meletakkan sebarang hukuman atau mudah memberi kecaman.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini juga menegaskan perceraian dengan bekas suami sudah tertulis dan ia bukan alasan untuk orang lain mudah bercakap buruk tentang dirinya.

Hati kita jangan hitam… Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercerai.

“Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir,” ujarnya.

Mak Wan bersama bekas suami dan keluarga.

Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April.

Mak Wan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dengan alasan tertentu.

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin

Check Also

Hilang Sabar Selep4s Kena Lvdah, PA Meng4ku Pvkul Mak Wan Latah. Sekali Didie Alias Tampil Bersuara

  KONFLIK peribadi antara Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya kini memasuki episod baharu apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published.