Abang Jaga Menyam4r Jadi Askar Dipercayai Nak Pik4t Janda Dalam Kem

 

Seorang pengawal keselamatan sanggup menyamar menjadi askar gara-gara dipercayai mahu memikat seorang anggota tentera wanita berstatus janda di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan, lapor Kosmo!.

Bagaimanapun, ‘taktikal penyamaran’ yang dilakukannya itu gagal apabila perbuatan tersebut berjaya dihidu sebelum dirinya ditahan di rumahnya pada kira-kira pukul 5:50 petang kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, beberapa aksesori ketenteraan seperti senjata ‘airsoft’, lencana keselamatan dan sepasang gari dipercayai milik suspek berusia 27 tahun itu turut dirampas.

“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.

“Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018,” katanya, memetik Kosmo!.

Difahamkan, tidak cukup dengan itu, suspek juga dimaklumkan turut menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas (GGK), Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.

“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian,” kata Anuwal, memetik Kosmo! lagi.

Menurut Kosmo!, suspek dilapor berkenalan dengan pegawai wanita berstatus janda berkenaan yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada 2018.

“Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM,” jelasnya.

Menyentuh tentang pakaian seragam tentera yang dimiliki, difahamkan ia dibeli suspek daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas sebelum ini.

Justeru, gara-gara ‘taktikal’ penyamaran menjadi pegawai GGK ATM tersebut gagal, suspek akhirnya disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyamar sebagai penjawat awam.

Terdahulu, kelibat suspek yang muncul dengan berpakaian tentera pernah tular di media sosial satu ketika dahulu.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pegawai tentera yang berada di kem itu diminta berhati-hati kerana bimbang suspek turut memasuki kem lain.

Sumber: Kosmo!

About admin

Check Also

‘Dia Mungkin Terken4l Deng4n Kontr0versi’ – Fasha Sandha Dedah Sifat Bekas Suami

  Aktres cantik Fasha Sandha pada Isnin mended4hkan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.