Selepas Elyana Sembuh Dari K4nser. Ini Pul4 Terjadi Dengannya, Tak Sangka Dia Tertuduh Ini

 

Penyanyi dan pelakon terkenal, Elyana meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang mendakwa dia menipu mengenai kanser limfoma yang dialaminya sebelum ini.

Elyana mendedahkan ada dalam kalangan rakan-rakan karibnya juga menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu.

Namun penyanyi lagu Kalis Rindu itu tidak mengambil pusing dan menganggap mereka itu tidak memahami ‘penderitaan’ yang dialaminya.

“Pada awalnya saya memang rasa kecewa kerana saya sudah sakit lebih 10 tahun. Memang banyak sangat dengar, ada juga kalangan rakan baik yang cakap seperti itu.

“Walaupun dia tahu kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah kerana tiada siapa yang dapat hantar. Mereka tahu perkara ini.

“Tetapi saya menganggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tidak tahu ‘struggle’ saya macam mana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Elyana memberitahu, dia telah pun memaafkan semua pihak terutama warganet yang pernah melontarkan fitnah terhadap dirinya, sebelum ini.

“Jadi, mereka ini boleh melontarkan apa sahaja dalam fikirannya. Kebanyakan juga, antara warganet yang pernah bercakap yang tidak baik seperti memfitnah.

“Mereka cakap saya ini tidak sakit dan bercakap buruk mengenai saya. Mereka ini sendiri meminta maaf menerusi pesanan langsung (DM). Alhamdulillah, semua sedar apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Saya maafkan,” jelasnya.

Pelakon drama popular Dunia Baru itu menitipkan pesanan buat orang di luar agar sentiasa menjaga pertuturan dan berfikir dahulu sebelum melontarkan sebarang kata-kata terhadap seseorang.

“Bagi saya, saya tidak akan menipu mengenai sakit. Tidak mungkin, kerana setiap kata itu adalah doa.

“Saya percaya akan kifarah, apabila kita bercakap buruk tentang seseorang, Allah nak balas kepada kita itu sekelip mata sahaja. Kita kena jaga kata-kata dan pemikiran,” katanya.

Berkongsi perkembangan kesihatan terkini, Elyana memaklumkan dia masih mempunyai empat kali rawatan kemoterapi yang perlu dijalani setiap dua minggu sekali.

“Sekarang ini, saya ada masih berbaki empat sesi kemoterapi. Sebenarnya perlu teruskan rawatan pada bulan puasa tetapi saya minta kepada doktor supaya menangguhkan dahulu sebab nak nikmati kehidupan Ramadan.

“Kalau nak ikutkan memang bahaya tangguhkan, namun insya-Allah ini semua ketentuan Allah. Bukan tidak mahu buat, tetapi kita lewatkan masa sedikit. Lepas raya ini insya-Allah saya sambung lakukan kemoterapi dua minggu sekali seperti biasa,” katanya.

Pada Disember lalu, Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.

Terdahulu, dia pernah memaklumkan kanser itu menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017

Bebas k4nser, Elyana dedah identiti doktor yang merawatnya selama 10 tahun

Sebelum ini, penyanyi Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak 11 tahun lalu.

Terbaharu, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu mendedahkan identiti doktor perubatanDr Mohd Haris Fadzillah Abdul Rahman yang bertindak merawat kesakitannya selama ini.

Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, dia sendiri kagum dengan keajaiban daripada Sang Pencipta selain mengucapkan syukur atas peluang untuk kembali sihat seperti biasa.

“7 Disember 2021. Allah SWT mendatangkan pelangi yang dah lama hilang kepada saya. Keputusan scan saya sangat ajaib. Kanser hilang…

“Alhamdulillah… Inilah doktor saya selama 10 tahun saya sakit, Dr Haris. Terima kasih doktor,” tulisnya menerusi sebuah posting baru-baru ini.

Meninjau ke ruangan komen, pengikut penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu turut tumpang gembira atas perjuangan Elyana yang tidak kenal erti putus asa dalam menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi dan radioterapi.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah membuat kejutan apabila mendedahkan mengenai penyakit tersebut selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.

Elyana berkata, dia menghidap kanser sejak 2010 dan dijangka hanya mampu hidup selama setahun berdasarkan jangkaan doktor.

Lihat Video:

Sumber: Utusan

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

About admin

Check Also

‘Dia Mungkin Terken4l Deng4n Kontr0versi’ – Fasha Sandha Dedah Sifat Bekas Suami

  Aktres cantik Fasha Sandha pada Isnin mended4hkan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.