“Nama Itu Mem4ng Sesuai” – Elisya Ded4h Sheila Rusly Dah Siapkan Nama Untuk Cucu Pertamanya

 

Pelakon Elisya Sandha mendedahkan yang dia dan bakal suami telah pun menentukan nama bagi bayi perempuan yang bakal dilahirkan pada 16 Jun depan.

Elisya berkata, nama untuk anak sulungnya itu diberikan oleh ibu mentuanya, pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly.

 

“Ketika usia kehamilan saya mencecah lima bulan, ibu mentua ada bermimpi mengenai nama untuk anak kami. Jadi, dia minta untuk berikan nama bagi cucu pertamanya. Saya dan suami terus bersetuju… tambahan pula nama itu memang sesuai.

“Bagaimanapun, kami tidak bolehlah nak kongsikan nama itu sekarang. Tunggu lepas kelahiran. Cuma apa yang boleh dikongsikan, nama tersebut ada gabungan nama saya dan juga suami,” kata Elisya.

Bercerita lanjut mengenai proses kelahirannya kelak, Elisya berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara normal.

“Bagaimanapun, jika perlu melahirkan secara pembedahan, kami tidak kisah. Asalkan anak yang dilahirkan kelak selamat.

“Sepanjang kehamilan pula saya banyak membaca buku tentang parenting dan juga penyusuan ibu,” katanya lagi.

Elisya turut berkongsi yang dia bakal melalui proses berpantang di rumah Sheila Rusly. Elisya dan Uzair berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

Sumber : https://gempak.com/

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.