Tiada Lagi Rahsi4, Akhirnya Shila Amzah Sendiri Jaw4b Status Hubung4n Cinta Dgn Sharnaaz Ahmad

 

EMPAT bulan membawa status ibu tunggal, penyanyi Shila Amzah sering menerima usikan peminat yang mendoakan agar dia kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad.

Menerima gurauan dengan hati terbuka, Shila, 32, mengakui hubungannya dengan aktor itu masih baik namun keakraban tersebut hanya sebagai seorang kawan.

Tambahnya, mereka pernah melalui fasa bercinta dan menolak untuk kembali bercinta seperti dahulu.

“Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in a relationship. Saya tidak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.

“Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuma saya rasa tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu.

“Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran montaj drama Cinta Hilang Kata baru-baru ini.

Untuk rekod, Shila Amzah bercerai dengan Haris Idraki Elias pada Februari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.

Berkongsi tentang kehidupannya sebagai ibu tunggal, Shila berkata, ia bukan satu fasa yang mudah untuk dilaluinya namun menganggap ia bukan pengakhiran buat dirinya.

Ketika ditanya soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga kembali, Shila berkata dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berkahwin semula sekiranya sudah ditakdirkan.

“Saya tak nafikan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal ni bukan satu perkara yang mudah. Ramai ibu tunggal di luar sana berkongsi inspirasi untuk kekal kuat dan tabah dan saya yakin ini bukan titik pengakhiran. Saya rasa ini fasa yang terindah untuk hidup saya.

“Saya tak pernah tutup saya punya hati atau dah tak nak ada relationship. Saya rasa itu terlalu negatif.

“Seandainya ada jodoh yang baik untuk saya, boleh menerima baik saya dan anak saya hati saya terbuka untuk memulakan kehidupan yang baharu. Tapi of course bukan dalam masa terdekat ni,” ujarnya.

rebagai rekod terdahulu, Shila Amzah sah bercerai selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga

PENYANYI Shila Amzah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada Selasa.

Berita tersebut turut dikongsi Shila menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi hantaran tersebut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 31, turut melahirkan rasa syukur selepas urusan perceraiannya bersama bekas suami selesai dan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami dah selesai tadi.

“Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.

Selain itu Shila turut memuat naik video di InstaStory, selepas urusan penceraian selesai.

“Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan, tak ada orang dalam dunia ni berkahwin untuk bercerai.

“Apa sahaja kemungkinan dan juga kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. So, let’s move on and do our best to build our life untuk menjadi yang lebih baik,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Shila mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah memfailkan perceraian dari suaminya, Haris Idraki.

Shila turut memuat naik hantaran di IG dan memaklumkan, dia dan anaknya sudah dua bulan tinggal di rumah kedua ibu bapanya di Kuala Langat, Selangor.

Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.

Sumber: Mstar

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.